8 Gelas Sehari, Cukup Ke?

Hai Norziha Megat,

Ramai yang mengabaikan kepentingan air dan hidrasi dalam mengatur pelan nutrisi.

Ia amat penting untuk anda mengambil kalori yang bersesuaian setiap hari dan amat penting untuk anda ambil air secukupnya.

8 gelas sehari, adakah ia cukup untuk badan anda?

Jawapan ini bergantung juga pada faktor ringkas yang perlu anda pertimbangkan iaitu :

1) Berat Badan 
Seseorang yang lebih beratnya, ia perlukan air yang lebih banyak. Ini antara kaedah mudah untuk mengira keperluan air ikut berat badan,

Untuk setiap 25kg berat badan, anda perlukan 1 Liter air. Jadi kalau berat badan anda 75kg, anda perlu minum 3 Liter air.

2) Tahap Aktiviti
Aktiviti harian anda memainkan peranan penting dalam memastikan berapa banyak air yang anda perlukan.

Cuba untuk sasarkan 150-300ml air selang 30 minit di setiap aktiviti. Gandakannya, jika cuaca sangat panas atau anda terlalu banyak berpeluh.

3) Diet Anda

Jika anda mengamalkan diet tinggi protein, rendah garam, rendah karbohidrat, tubuh anda akan cenderung untuk dehidrasi.

Maka anda akan kehilangan berat air secara mendadak. Anda perlu tambah pengambilan kuantiti air untuk memastikan anda lebih selesa menjalani pelan diet anda.

Pastikan anda mengambil kandungan air yang cukup berdasarkan faktor kehidupan aktiviti seharian anda.

Emel seterusnya saya akan kongsikan kepada anda formula untuk mengetahui “Berat Tubuh Yang Ideal” untuk berat badan anda.

Nantikan emel saya,

Be Healthy Is My Choice,
Tengku Asmadi

www.mrtengkuasmadi.com