Gemuk Air, Bagaimana Nak Atasi ?

Hai Norziha Megat,

Ramai yang keliru, sama ada mereka ini gemuk air ataupun gemuk kerana lemak berlebihan.

Kalau anda ada peningkatan berat dalam masa semalaman, itu tandanya anda gemuk air. Kerana lemak tidak terkumpul dalam masa yang singkat!

Air mampu untuk turun dan naik dengan ketara setiap hari. Jika berat berubah dalam semalaman, anda tidak perlu terlalu bimbang.

Ini 4 Tips Untuk Anda Atasi Gemuk Air :

1) Kurangkan Karbohidrat 
Setiap gram karbohidrat yang tersimpan dalam badan anda, ia turut membawa 2/3gram air. Jadi jika anda dapat membuang lebihan karbohidrat maka kandungan air juga dapat disingkirkan.

2) Tingkatkan Pengambilan Air
Tidak cukup cecair dalam badan akan membuatkan badan anda akan cuba menyimpan sebanyak mungkin air demi kesemalatan anda. Jadi untuk membuang air lebihan, anda perlu tingkatkan pengambilan cecair.

3) Kurangkan Pengambilan Garam
Tubuh kita gemar memelihara keseimbangan sodium dalam sistem badan, jadi apabila kadar kepekatan sodium meningkat, maka lebih banyak air yang disimpan dalam badan untuk mengimbangi keseimbangan tahap sodium yang sepatutnya berada dalam badan.

4) Keluarkan Peluh
Keluarkan peluh tidak semestinya kena buat senaman berat. Buat apa sahaja aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh contohnya berjalan, angkat barang, turun naik tangga dan sebagainya. Cuaca Malaysia yang panas & lembap memang sesuai untuk memaksa badan untuk berpeluh.

Sekarang sudah makin jelas kan bagaimana nak atasi gemuk air? Saya harap ianya membantu untuk anda.

Emel seterusnya saya akan kongsikan pula berapakah kandungan air yang diperlukan untuk badan kita, “8 Gelas Sehari, Cukup Ke?”

Nantikan emel saya seterusnya.

Be Healthy Is My Choice,
Tengku Asmadi

www.mrtengkuasmadi.com