Ketahui Kiraan Berat Badan Yang Ideal Untuk Anda

Hai Norziha Megat,

Dalam emel kali ini saya ingin kongsikan kepada anda bagaimana untuk mengira berat badan yang ideal untuk diri anda.

Berat badan yang ideal bermaksud berat badan yang berada pada julat yang sihat. Cara terbaik untuk mengetahuinya ialah melalui kiraan “Indeks Jisim Tubuh” (IJT)

IJT ialah satu piawai yang menentukan sama ada berat badan anda bersesuaian dengan tinggi anda.

Cara Mengira “Indeks Jisim Tubuh” :

Langkah 1 – Timbang berat anda dalam KG
Langkah 2 – Ukur Ketinggian dalam Meter
Langkah 3 – Kira IJT

Formula IJT = Berat (kg) / (Tinggi(m) x Tinggi (m))

Contoh 1 : Berat badan 55kg, tinggi 153cm

IJT = 55kg / (1.53m x 1.53m)

= 23.5

Selepas mengetahui IJT anda, rujuk jadual IJT dibawah untuk klasifikasikan berat badan anda pada kategori mana :

Contoh hasil kiraan IJT di atas ialah 23.5, maka disini ia dalam kategori Normal. Saya harap dengan pengiraan ini ia membantu anda untuk mengenali badan anda dengan lebih dekat supaya anda dapat melakukan diet yang betul berdasarkan berat badan anda yang ideal.

Kongsikan julat IJT anda, mungkin saya dapat bantu anda bagaimana untuk melakukan meal plan anda yang sihat.

Untuk emel diet sihat yang seterusnya, saya nak kongsi mengenai

“Bagaimana Cara Buang Toksin Dalam Badan Secara Semulajadi”.

Anda tak perlu ubat-ubatan untuk buang toksin, saya kongsikan pada emel seterusnya.

Be Healthy Is My Choice,
Tengku Asmadi

www.mrtengkuasmadi.com