Just another Advance Informatics School Sites site
Tetapkan Matlamat Yang Betul
Posted on June 26, 2018 ·
Assalamualaikum & Salam Hormat.
Hai Norziha Megat,
Pertama sekali perkara yang saya ingin tekankan bagi yang ingin melakukan diet yang sihat adalah menetapkan dengan menetapkan Matlamat Yang Betul.
Apakah maksud menetapkan matlamat yang betul?
Mudah saya sampaikan, ianya adalah matlamat yang mampu dicapai.
Bukan matlamat jangka pendek seperti “Turunkan 10kg dalam masa 2 minggu”. Ianya tidak salah, tapi akan memberikan tekanan kepada diri yang akhirnya akan menewaskan diri anda sendiri di kemudian hari.
Ini 4 Tips Dalam Meletakkan Matlamat Yang Betul :
1) Matlamat Anda Mestilah Bertulis
Semua orang nak kurus tapi hanya bayangkan dalam kepala sahaja, ianya sukar untuk dicapai. Tulis dan letak di tempat yang hari-hari anda akan lihat matlamat tersebut!
2) Matlamat Mestilah Yang Realistik
Realistik bermaksud ianya mestilah mampu dicapai. Contohnya, “Saya ingin turunkan berat 10kg dalam masa 2 bulan”. Nampak boleh dicapai dan realistik serta tidak membebankan diri anda.
3) Matlamat Jangka Panjang
Kenapa saya kata jangka panjang? Supaya ia lebih mudah untuk anda ikuti. Sebaiknya ianya adalah rancangan 3 bulan atau 6 bulan.
4) Matlamat Jangan Terlalu Banyak
Hadkan matlamat anda kepada satu atau dua sahaja dan rancang secara khusus mengikut matlamat yang ditetapkan.
Mesti anda kata, “Madi, lambatnya? Saya nak kurus dalam 2 minggu boleh?”
Apa yang saya kongsikan kepada anda ini adalah cara yang paling realistik untuk kekal sihat dan kurus tanpa menggunakan apa-apa ubatan ataupun pil kurus.
Saya beritahu anda perkara ini bukan mustahil, yang penting caranya mestilah betul.
Selepas ini saya akan kongsikan kepada anda mengenai : “Gemuk Air, Bagaimana Nak Atasi” ?