SIRI MESEJ INTEGRITI 21: MENGURUSKAN PEGAWAI BERPRESTASI RENDAH DAN BERMASALAH

Assalam dan Selamat Sejahtera kepada semua warga UTM, 
 
Isu menguruskan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah bukan sesuatu yang asing dalam sesebuah institusi. Hal ini turut sama berlaku di Universiti Teknologi Malaysia. 
 
Rata-rata individu pertama yang tidak dapat tidak, perlu berdepan dengan hal sebegini adalah mereka yang berada di Bahagian/Jabatan Sumber Manusia (BSM) di setiap pusat tanggungjawab/fakulti. 
 
Cabaran pegawai-pegawai BSM ini jelas. Mereka berhadapan dengan tingkahlaku manusia yang pelbagai. 
 
Atas dasar itu, Siri Mesej Integriti kali ini ingin berkongsi berkenaan cara menguruskan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah, merujuk peraturan dan undang-undang sedia ada. 
 
Apakah yang dimaksudkan dengan pegawai berprestasi rendah? Menurut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1998, pegawai berprestasi rendah ini adalah pegawai yang tidak dapat menyumbang ke arah pencapaian objektif Jabatan dan khususnya mereka yang gagal mencapai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang telah ditetapkan bersama berdasarkan tahap dan kedudukan jawatan pegawai tersebut. Pegawai seperti ini dikatakan pegawai yang tak produktif, “non-performer”, tidak mempunyai sikap bersungguh-sungguh, kurang berusaha dan kadangkala mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang rendah, serta mempunyai masalah peribadi dan “interpersonal relationship” baik dengan pihak pengurusan, rakan sejawat atau kakitangan bawahan. 
 
Manakala, pegawai yang bermasalah pula dijelaskan seperti berikut: 
 
1. Dari segi kualiti iaitu masalah dari segi hubungannya dengan ketua dan rakan sejawat, kakitangan bawahan dan juga dengan pelanggan dari luar. Ini disebabkan mereka ini mempunyai sikap agresif atau suka menonjolkan diri atau suka menyalahkan orang lain di samping menganggap dirinya sahaja yang betul. 
 
2. pegawai yang mempunyai masalah kesihatan mental dan fizikal, yang pada zahir/fizikal memperlihatkan beliau seorang pegawai yang normal, namun pada masa dan keadaan tertentu, perangai dan tingkahlakunya berubah dan sukar dikawal, 
 
3. pegawai yang lemah dari segi daya kepimpinan, membuat keputusan dan sebagainya, 
 
4. pegawai yang tidak dapat memberikan tumpuan kepada tugas hakikinya atau memberikan keutamaan kepada tugas-tugasnya atau tidak dapat membawa organisasinya ke arah mencapai objektif yang telah ditetapkan, 
 
5. pegawai yang tidak dapat menghormati ketua, 
 
6. pegawai yang tidak dapat bekerja sebagai satu pasukan, atau 
 
7. pegawai yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan perkembangan semasa. 
 
Berdasarkan penerangan ini, beberapa tindakan boleh diambil, mengikut urutan, seperti berikut: 
 
1. Perbincangan/Perundingan – dilakukan secara informal untuk memberi peluang kepada pegawai memberi keterangan, 
2. Amaran Lisan – dibuat untuk memberi peluang kakitangan tersebut untuk memperbaiki masalah yang dihadapinya, 
3. Amaran Bertulis Secara Pentadbiran – Tindakan ini diambil jika Amaran Lisan tidak berkesan, masih memberi peluang kepada pegawai memperbaiki kelemahan dan masalah tanpa perlu unsur hukuman. 
 
Namun, bagi Perkara 3 ini, baru-baru ini Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Larangan Menggunakan Amaran Secara Pentadbiran, melalui surat bertarikh 13 Januari 2017, yang mana menyatakan jika wujud asas melalui siasatan, untuk meneruskan prosiding tatatertib, maka kemaafan (condonation) melalui Amaran Secara Pentadbiran tidak seharusnya dipraktikkan. Dapat disifatkan bahawa, Ketua Jabatan perlu menilai satu-satu kes, yang mana jika wujud asas membawa kepada tatatertib, maka tindakan tegas perlu diambil kepada pegawai yang berkenaan. 
 
Perlu diberi perhatian bahawa sebagai mana SPP Bil.4 1998, kesemua tindakan pembetulan dan pembaikan ini adalah sewajarnya dilakukan dalam tempoh 6 hingga 12 bulan. Di samping itu, perlu diingat bahawa Amaran Lisan dan Bertulis bukanlah satu bentuk hukuman tatatertib. 
 
Tindakan alternatif lain, turut boleh dilaksanakan, seperti: 
 
a. Menukar pegawai kepada suasana kerja dan tanggungjawab baru; atau 
b. Menghantar pegawai mengikuti kursus-kursus yang sesuai dan berkaitan dengan aspek permasalahan yang dihadapi seperti aspek motivasi,keagamaan dan sebagainya. 
Tindakan secara pentadbiran juga boleh dilakukan seperti berikut: 
a. Merujuk Pegawai ke Lembaga Perubatan, jika didapati pegawai menghadapi masalah kesihatan mental atau fizikal, 
b. Merujuk Pegawai kepada Pekhidmatan Kaunseling,
c. Merujuk pegawai kepada Psikiatrik/Hospital,
Seterusnya, tindakan dalam bentuk Hukuman, dimana tindakan ini diambil bilamana tindakan-tindakan dari segi pembetulan dan pembaikan tiak memberi kesan dan tidak dapat mengatasi masalah yang dihadapi pegawai. UTM sebagai salah satu badan berkanun, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang berkaitan tatakelakuan yang ditetapkan di bawah Perkara 3, Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun  (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (rujuk Perkara 3(2)(a hingga j). Dimana jika dibuktikan berlaku perlanggaran oleh pegawai di bawah peruntukan tersebut, maka tindakan tatatertib wajar dimulakan. 
 
Kesimpulan 
 
Peranan Ketua Jabatan amat penting dalam setiap peringkat tindakan yang diambil. Terutama dalam hal tindakan tatatertib, pegawai yang terlibat bakal berdepan dengan situasi rendah hati, gusar, memberontak, rasa tidak selamat dan bakal menimbulkan konflik. 
 
Oleh yang demikian, Ketua Jabatan perlu peka dengan perubahan yang berlaku, dan jangan membiarkan sahaja mereka ini tanpa bimbingan. Kepada pegawai, sikap menempelak setiap bentuk tindakan yang diambil oleh jabatan tidak seharusnya dilakukan, kerana tujuan utama tindakan diambil adalah untuk memastikan pegawai dalam keadaan terbaik, untuk berkhidmat di jabatan masing-masing, setimpal dengan gaji yang diterima setiap bulan, tanpa gagal. 
 
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Dilampirkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1998 untuk rujukan lebih terperinci. Terima kasih dan Salam Integriti.
 
Moral : Hindarkan darah daging anda terbentuk hasil dari Gaji Buta.
 
Rujukan: Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605)
              Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1998           
 
Maklum balas anda akan menghasilkan perkhidmatan terbaik dari pihak kami. Terima kasih.
 

SEKSYEN INTEGRITI, TATATERTIB DAN SURCAJ 

UTM PEJABAT PENASIHAT UNDANG – UNDANG  

ARAS 3, BANGUNAN CANSELERI SULTAN IBRAHIM

UTM JOHOR BAHRU, JOHOR

Pembayaran Insentif Journal

Assalamualaikum w.b.t
Yang Berbahagia
Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan
MAKLUMAN
Pembayaran insentif penerbitan bagi artikel jurnal sedang dalam proses kelulusan pembayaran semula oleh pihak Perpustakaan UTM. Kemasukan agihan dana baru telah diterima baru-baru ini.
Kepada penyelidik yang layak membuat permohonan insentif boleh berbuat demikian dengan segera untuk kelulusan pembayaran insentif penerbitan indek journal.
Kadar bayaran masih lagi sama iaitu:
Q1 – RM3000
Q2 – RM1500
Q3 – RM 500
Q4 – RM300
SCOPUS dan WOS yang tiada rank Quartile – RM150
Proceeding dan kertas persidangan adalah tidak layak menerima insentif.
Terima Kasih

Harap Maklum

Md Razib Karno
Senior Librarian,
Information Services & Research Division

UTM Library
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310, UTM Skudai,
Johor, Malaysia

Office:+607 553 0280      Fax: +607 55 72555
Primary Email: mdrazib@utm.my | Secondary Email: mdrazibkarno@gmail.com | Site: 1.Research Support 2.My Publications

 
Research Publication –  Research Support – Incentive Claim – RADIS – Bibliomining

Pembukaan Biasiswa Zamalah, NPF dan IDF bagi Semester 1 2017/2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Warga Akademik  UTM,

1. Pihak Sekolah Pengajian Siswazah dengan sukacitanya memaklumkan tentang pembukaan permohonan biasiswa Zamalah, National Postgraduate Fund dan International Doctoral Fund bagi pelajar pasca siswazah tempatan dan antarabangsa bagi Semester 1 2017/2018. 
2. Permohonan bagi ketiga-tiga biasiswa ini masih dibuka sehingga 18 September 2017. 
3. Maklumat berkenaan syarat kelayakan dan bentuk biasiswa boleh diperoleh dari laman web SPS dan seperti pada banner yang disertakan dalam email ini.
4. Bagi pelajar tempatan, mereka boleh memohon untuk biasiswa Zamalah dan National Postgraduate Fund serentak. Walau bagaimanapun, selepas saringan kelayakan, hanya satu biasiswa sahaja akan diberikan.
5. Permohonan bagi ketiga-ketiga biasiswa tersebut boleh dibuat pada link  ini: http://sps.utm.my/scholarships/.
6. Sebarang pertanyaan berkenaan dengan hal ini boleh hubungi Unit Penyelidikan dan Biasiswa SPS. Staf yang terlibat dalam pengendalian urusan ini adalah:
PM Dr Nazri Bin. Ali
Pengurus Akademik Penyelidikan & Biasiswa
email: nazriali@utm.my
ext: 37282
Pn Norhaidah Bt. Ramli
Penolong Pegawai Tadbir
email: norhaidah@utm.my
ext: 37769
7. Mohon penyelia membuat hebahan kepada pelajar dibawah seliaan masing-masing.
Terima Kasih.
Yang Benar,
Hazarina

Assoc. Prof. Dr. Noor Hazarina Hashim, MMIM, MIMM,
Deputy Dean (Research & Scholarship)
School of Graduate Studies

Universiti Teknologi Malaysia

81310 Johor Bahru ,

Malaysia

Office: +607 5537781|Mobile: +6012 7972218|Fax: +607 5610099

Primary Email: m-hazarina@utm.my

Secondary Email: noorhazarina@gmail.com

Site: http://www.management.utm.my/staff/userprofile/hazarina.html

Editor-in-Chief The Grads Magazine: www.sps.utm.my/thegrads

3rd WEEK OF THE MONTH AS ENGLISH WEEK IN UTM

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia

Dear Datuk/Professor/Dr./Mr./Mrs.,

 

3rd WEEK OF THE MONTH AS ENGLISH WEEK IN UTM

We would like to announce that UTM is implementing the following programmes to enhance the use of English among the staff.

All staff of UTM are required to use English regularly in UTM to develop their confidence to communicate with foreigners. This is to provide daily training for UTM staffs besides the formal training programmes offered by Development Section (Registrar Office).

 

The implementation will be effective every 3rd week of every month starting from 17th – 21th September 2017. Heads of Departments are to ensure that the program is successfully carried out at the department level involving all staff.

Your cooperation in ensuring the success of the program is highly appreciated.

 

Thank you.

To enhance our English language communication skills please kindly click MyLine website below:

MyLinE – OnlineResources for Learning in English

“Berkhidmat untuk Negara Kerana Allah”

THANKING & REGARDS,

DEVELOPMENT SECTION

HUMAN RESOURCES DIVISION

REGISTRAR’S OFFICE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

81310 UTM JOHOR BAHRU, JOHOR

Office:07 – 553 1116/37756/37949 | Fax: 07-5585821

Primary Email: hcd@utm.my | Site: http:registrar.utm.my/en/hcd/

PROGRAM KHAS TEAM PENGURUSAN JENAZAH UTM KUALA LUMPUR

Assalamualaikum Warga Kampus,

Pusat Islam UTM Kuala Lumpur akan mengadakan Program Khas Team Pengurusan Jenazah UTM Kuala Lumpur untuk Sukarelawan menguruskan Jenazah seperti maklumat berikut :
Tarikh : 19 September 2017
Masa : 8.30 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Bilik seminar Masjid UTM Kuala Lumpur
Sehubungan itu, Pusat Islam UTM Kuala Lumpur mencari Sukarelawan di Kalangan Staf UTM Kuala Lumpur yang berminat dan sanggup membantu Pusat Islam UTM Kuala Lumpur menguruskan jenazah pada bila-bila masa sahaja jika berlaku kematian yang perlu diuruskan di Masjid UTM Kuala Lumpur.
Jika berminat boleh terus mendaftar dengan ustaz afifuddin bin Azizan : 013-4489363 dengan segera kerana tempat yang sangat terhad. terima kasih

MAKLUMAN DAN HEBAHAN UNTUK PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT MAHASISWA BAGI SESI 2017/18

Assalamualaikum

Permohonan BANTUAN ZAKAT MAHASISWA kini dibuka.
Bermula 10 September 2017 sehingga 28 September 2017.
Semua permohonan adalah secara Online.
 
SILA…
Layari Fb Masjid Sultan Islam UTM
HEBAHKAN …. agar manfaat dapat dirasai oleh warga kampus/ mahasiswa yang memerlukan.

Tawaran Diskaun Ke Atas Hutang Dendaan Lewat Pemulangan Bahan Perpustakaan

Assalamu’alaikum wr wbt /Salam Sejahtera.

 

YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’/ Prof / Dr. / Saudara,

 

TAWARAN DISKAUN KE ATAS HUTANG DENDAAN LEWAT PEMULANGAN BAHAN PERPUSTAKAAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun Universiti Bil. 4/ 2017 pada  17 Ogos 2017 telah setuju meluluskan Kertas Kerja Perpustakaan Bil. 9/ 2017 (JPKA) : Cadangan Pemberian Kemudahan Diskaun Pada Kadar Yang Ditetapkan Ke Atas Hutang Dendaan Lewat Pemulangan Bahan Perpustakaan kepada semua pengguna Perpustakaan UTM.

 

Sehubungan itu, semua pengguna Perpustakaan UTM dialu-alukan untuk membuat semakan denda tertunggak dan mengambil peluang mengembalikan bahan yang lewat bagi melunaskan dendaan dengan tawaran diskaun tersebut samada di Kaunter Sirkulasi Perpustakaan UTMJB ataupun Perpustakaan UTMKL.

Untuk makluman, tawaran diskaun ini hanya TERHAD mulai 10 September hingga 30 September 2017 sahaja.

 

Adalah dimaklumkan juga  bahawa Perpustakaan akan mula melaksanakan potongan gaji secara terus mulai tahun 2018 selaras dengan Pekeliling Perpustakaan Bil.3/ 2017: Potongan Gaji Staf Am Dan Akademik Secara Terus Bagi Menjelaskan Dendaan Yang Melampaui Tempoh Pinjaman Dan Dendaan Bayaran Buku/ Bahan Perpustakaan Yang Dihilangkan.

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila  hubungi:

Bahagian Pengurusan Koleksi

Perpustakaan UTM

Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ)

UTM Skudai.

 

  1. En Mohd Nasir bin Ibrahim

    Emel: nasiribrahim@utm.my (no.samb: 30138)

 

  1. Pn Norazila binti Safri

    Emel: norazila@utm.my (no.samb: 30017)

 

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Karnival Sukan Mahabbah 2017

YBhg. Tan Sri/Datuk/Datuk Seri/Puan Sri/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Sr./Ar./Saudara,

& Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan ​Karnival Sukan Mahabbah 2017 peringkat UTM Kuala Lumpur akan bermula pada hari Isnin

​11 September 201​7

 

​Pada kali ini menyaksikan penyertaan 4 buah pasukan yang terdiri daripada :

Zon A (Biru)

Ketua Zon – En. Muazzam Mazlan (PHB)

Timbalan Ketua Zon – Datin Huzaimah Yahya (AH​ IBS)

Ahli terdiri daripada staf:

  1. Pejabat Harta Bina
  2. Perpustakaan UTM Kuala Lumpur
  3. Bendahari
  4. Azman Hashim International Business School
  5. Perdana School

Zon B (Hitam)

Ketua Zon – Encik Mohd Rafi Abu Bakar (CICT)

Timbalan Ketua Zon – Puan Rohana Sarip (UPMU)

Ahli terdiri daripada staf:

  1. MJIIT
  2. Pejabat TNC(Penyelidikan & Inovasi)

(UPMU/RMC/ICC/IKPLP/IBD/CASIS/IKG/CAIRO/OTEC/WCC)

  1. CICT
  2. UTM International

Zon C (Hijau)

Ketua Zon – En. Zairulhisham Zainudin (PHB)

Timbalan Ketua Zon – En. Saifullah Mohd Yusof (UTMSPACE)

Ahli terdiri daripada staf:

  1. Pejabat Pendaftar & Keselamatan
  2. UTMSPACE
  3. UTM AIS

Zon D (Merah)

Ketua Zon – Encik Zurik Azaham Aris (HEMA)

Timbalan Ketua Zon – Cik Siti Munirah Abdul Ghani (HEMA)

Ahli terdiri daripada staf:

  1. Razak School
  2. HEMA & Pusat Kaunseling
  3. Canseleri (HEK/QRIM/Pusat Islam)
  4. Fakulti Tamadun Islam
  5. Sekolah Pengajian Siswazah
  6. Pejabat TNCAA
  7. Akademi Bahasa
  8. Pejabat TNCP (OSHE/CCIN/ENDOWMEN/BDU)

Sama-samalah kita memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing.​

#Akrab Riadah 

Office of Corporate Affairs

Level 16, Menara Razak

Universiti Teknologi Malaysia

Jalan Sultan Yahya Petra

54100 Kuala Lumpur

office +603 21805127 | fax +603 21805602

e-mail: corporate.kl@utm.my |  site: corporateaffairs.utm.my/kl

Pameran Jejak Kemerdekaan dan Hari Malaysia

YBhg. Tan Sri/Datuk/Datuk Seri/Puan Sri/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Sr./Ar./Saudara,
 & Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan Perpustakaan UTM Kuala Lumpur sedang mengadakan Pameran Jejak Kemerdekaan dan Hari Malaysia seperti butiran berikut:
 
 
 ” Pameran Jejak Kemerdekaan dan Hari Malaysia ” 
 
  Tarikh    :  30 Ogos 2017 sehingga 30 September 2017
  Tempat  :  Ruang Pameran,  Aras 2,
                   Perpustakaan UTM Kuala Lumpur.
 
 


 
Pihak Perpustakaan UTM Kuala Lumpur  berbesar hati ingin menjemput semua untuk bersama dalam mendapatkan informasi berkenaanMERDEKA dan MALAYSIA di pameran tersebut.
Dijemput beramai-ramai.☺
Sekian, terima kasih.
Perpustakaan UTM Kuala Lumpur.

Welcome New International Students Sem 2017/18 – 1