Workshop Pemasaran menggunakan FaceBook

Pada 25 April 2017 saya telah menghadiri workshop pemasaran menggunakan FaceBook anjuran CAIRO UTMKL. Sebelum ini saya tak pernah membuka akaun FaceBook. Disini saya telah mempelajari pelbagai teknik. Terima kasih kepada Puan Nenny Ruthfalydia Rosli yang banyak membantu saya untuk memahami apa itu pemasaran melalaui FaceBook. Menurut Puan Nenny bengkel ini dijalankan sebanyak dua kali sebulan secara PERCUMA.

Antara yang telah dipelajari adalah seperti berikut:

Kepada sesiapa yang berminat oleh hubungi Puan Nenny (nenny.kl@utm.my) atau nombor yang dipaparkan di atas.

Puan Nenny; tenaga pengajar di bengkel Pemasaran menggunakan FaceBook

Antara peserta yang hadir pada 25 April 2017 di CAIRO UTM KL

 

 

Tips untuk pelajar PhD

Maklumat di bawah ni saya dapat daripada kawan-kawan.

Soalan Apa Yang Selalu ditanya oleh Ph.D examiner? & Soalan yang Patut Dielakkan Semasa Viva voce exam. 😅

Saya telah ditanya oleh seseorang mengenai soalan yg selalu ditanya oleh examiner. Alhamdulillah, setelah berpengalaman memeriksa 38 tesis PhD dan DBA, kebiasaan soalannya begini;

1. Boleh terangkan samada Ph.D ini adakah ianya basic research atau applied research? Kenapa?

2. Apakah isu Ph.D awak? Kenapa?

3. Apakah permasalahan Ph.D awak? Kenapa?

4. Apakah gaps of knowledge/jurang ilmu dan objektif asas Ph.D awak?

5. Kaitkan antara isu, permasalahan, jurang ilmu dan objektif Ph.D awak. Kenapa?

6. Apakah contribution/novelty Ph.D awak? Justify

7. Model asas apa yg anda guna utk pembentukkan model Ph.D awak? Kenapa?

8. Apakah skop kajian dan kaitan dgn limitasi kajian?

9. Bagaimana cara awak mengumpul data dan kenapa?

10. Kenapa sample hanya berjumlah 150 (contoh) dan bukannya 250, justify?

11. Kenapa memilih sample ini?

12. Apakah perbezaan antara reliability dan validity?

13. Apakah perbezaan antara theoretical framework dan conceptual framework Ph.D awak?

14. Kenapa guna trigulation method?

15. Cuba terangkan makna mean dan standard deviation dlm mukasurat (contoh) 250.

16. Cuba kaitkan dapatan kajian dgn kajian literatur.

17. Apa menariknya dapatan Ph.D awak?

18. Siapa yg akan mendpt keuntungan dari kajian Ph.D awak?

19. Ceritakan pengalaman anda semasa buat Ph.D.

20. Kenapa guna kaedah kualitatif, dan bukan kuantitatif, terangkan.

21. Kenapa hypotesis awak tidak significant? Terangkan.

22. Kenapa conceptual framework digunakan utk penilaian dan bukannya theoretical framework

23. Kenapa penilaian hipotesis anda byk tidak significant?

24. Bagaimana anda memilih tajuk dan isu kajian ini? Terangkan

Cuba elakkan soalan ini.- sangat penting-TANDA2 BAHAYA…major correction 6 bulan-1 tahun 😔

1. Kenapa tajuk kajian dan objektif kajian Ph.D anda tidak sama?

2. Kenapa setiap perenggan ada dinyatakan objektif kajian dan ianya tidak sama dgn objektif asas? Jelaskan.

3. Kenapa guna correlation sedangkan kajian anda adalah utk menganalisa relationship?

4. Model yg dicadangkan tidak selari dgn isu, permasalahan dan objektif? Kenapa?

5. Kaedah yg digunakan tidak sesuai, kenapa digunakan?

6. Kajian ini tidak lagi ada nilai novelty, kenapa masih memilih tajuk ini?

7. Tajuk, objektif dan metod tidak mengikut kaedah yg betul, sila terangkan.

8. ***Apa yg anda nak capai? Saya tidak faham…sangat bahaya nih…dah boleh agak apa yg akan berlaku. 😂

9. Kajian literatur anda hanya sekadar summary dari dapatan kajian lepas dan tidak dibincangkan secara kritikal, kenapa?

10. Terdapat pelbagai versi objektif di setiap seksyen, kenapa dan yg mana satu yg betul?

11. Adakah anda fikir bahawa kajian anda telah mencapai tahap Ph.D sedangkan hasilan serta menafaat kpd pendokong polisi, masyarakat dan ilmu tidak seberapa? Jelaskan 😂

Memang kadang2 ada calon Ph.D upah org utk buat analisa data, dan masalah timbul bila viva voce exam sebab calon Ph.D tidak mahir dlm bahagian berkenaan. Saya syor supaya calon Ph.D yg buat segalanya. Baru faham betul…

WaAllhualam. Selamat berjaya.

Penilai
Queensland University of Technology, Australia
Annamalai University, India
Universiti Malaya
Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Putra Malaysia
Univetsiti Teknologi MARA
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Universiti Utara Malaysia

UTM Assessment TeamTac ’17

Antara aktiviti utama di UTM AIS TeamTac’17 ialah UTM Assessment: The Good, The Bad & The Ugly Forum Panelist. Mereka membincangkan pencapaian MyRA (oleh Dr. Noor Azurati),ELPPT (PM. Dr Nazri Kama) , OSHE (oleh Dr. Azri), MQA (oleh Dekan Prof Dr. Shamsul), AKA (oleh PM Dr. Shahidan) , CK (oleh Dr. Naz’ri Mahrin) dan ELNPPT (Puan Zaharah)

   

Eye breaking

Penerangan mengenai ELPPT oleh PM. Dr Nazri Kama

Antara tentative yang dijalankan selama 2 hari 1 malam adalah seperti berikut.

  

 

Sampai di Impiana Morib

Alhamdullilah kami telah selamat sampai di Hotel Impiana Morib. Perjalanan dengan menggunakan bas mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Alhamdulillah Prof. Dr. Suhaimi dan anak-anak buahnya Dr. Othman dan Dr. Azri telah sampai awal.

Mari kita lihat suasana di Hotel. Cantik juga hotel ni. Walau pun tidak terlalu besar tapi amat sesuai untuk aktiviti seperti kursus dan bengkel. Lihat tu ada kura-kura di atas kayu tu!

Apa agaknya perkara yang difikirkan oleh kura-kura tu?

Di bahagian belakang Hotel terdapat pantai, tapi pantai nya tidaklah boleh mandi sebab pantainya berlumpur. Walaubagaimanapun tetap indah ciptaan Allah yang maha kuasa.

 

Pemandangan pantai di belakang Hotel

Aktiviti yang menarik adalah waktu makan. Tengok tu wajah-wajah ceria apabila dapat menikmati juadah.

Aktiviti yang menyeronokkan. MAKAN 🙂

Tidak ketinggalan untuk Dr. Ganthan dan Dr. Pritheega, makan Vege turut disedakan oleh pihak Hotel. Yummy!!!

Sedapnya Mee Tiaw Goreng 

Perjalanan pergi UTM AIS TeamTac ’17

Team Building & Tactical Planning ’17 (UTM AIS TeamTac ’17) telah dijalankan pada 3-4 April 2017 di Impiana Morib Hotel.

Sebahagian staff akademik dan kakitangan sokongan telah berkumpul di bangunan Menara Razak seawal 8.00 pagi. Bas telah disediakan oleh pihak pengurusan AIS. Terima kasih Puan Fazy yang bertungkus lumus memastikan semua ahli telah hadir. Dah lama tak naik bas, sekalai-sekala naik best bersama rakan-rakan rasa seronok juga. Alhamdulillah kami dapat bas masih baru dan cantik keadaan dalam dan luarnya.

Wajah-wajah ceria menaiki bas untuk ke Impiana Morib

 

 

INTEGRITY MESSAGE SERIES 15 : 5 OFFICE CLEANING TIPS

Salam dan good day to everyone,

This time, we would like to share about office cleaning tips. It’s good to notify that a clean office makes for a clear head,but who has time to organize with your workload? Setting up systems and sticking to them allows you to work smarter while you work harder. It also gives the impression that you’re on the top of things when your boss makes an impromptu visit to your office. Who wants to leave her standing there while you shuffle through mounds of paperwork to find the one file folder she needs? Here are the five tips to get you started.
1. File As You Go
One of the biggest office offenders is piles of paper – on your desk, on your shelves, and eventually on your floor. It’s easy to get busy and start stacking papers to file for later, but before you know it, you have a task that’s too big to tackle. The key is to process papers as you go. Set up system of trays or file folders that are clearly labeled and make it a habit to use them. The same goes for your computer desktop.
2. Clean Your Electronics 
Hey you, with the food spattered monitor and keyboard full of crumbs. We know that you eat at your desk so you can work through lunch. And it certainly impresses your boss, but your co-worker are probably snickering about the week old coffee stains. Fortunately, it’s a simple fix. Head to your local office supply store, pick up some wipes that are specifically made for electronics, make it a point to wipe down your keyboard and monitor daily. Not only it keep dust and debris from gumming up your computer, but it also helps keep germs at bay.
 
3. Declutter Your Desk 
If you’re like many people, your desk probably acts as a kitchen table for your office. It’s a place where everything get dropped, and pretty soon you have to dig to get to your computer. A clean desk will guarantee more productivity, but you’re already so busy trying to be productive, who has time to stop and clean? The key is to schedule it daily, and treat it like it’s a meeting you can’t miss. It helps if you minimize the picture frame and only keep work essentials on, in and around your desk.
 
4. Assign a Place for Everything 
The key to make cleaning your office easy is to put everything in its rightful place. So, this means that, you need to assign a place for everything and label it clearly so you can find it in a pinch. Once you get in a habit of putting things away, decluttering becomes a quick task that’s second nature. This also means not filling up every single inch of storage. New items will come into play and need a place to live, so keep a few empty shelves or drawers to make room for the new.
5. Get Rid of Junk 
The magnet business cards, the colorful array of cheap pens, the coffee cups, the calendars – all freebies that you just couldn’t say no to. Now, they’re strewn all over your desk. It may seem like stuff that’s useful, but really it’s just stuff that clutters up your space and makes you feel guilty for throwing it away. We know it’s hard to resist free item, but learn to say ‘no’.
We hope that these tips give benefit to you. Work harder, work smarter, and note to have a clean work environment and stick to your priority.
With that, thank you for reading this message.
 
MORAL : Education is a progressive discovery of our own ignorance – Will Durant (quoted in The 8th Habit From Effectiveness to Greatness – Stephen R. Covey)
 
Cited from : howstuffworks.com
 
RAIHAN BINTI ABD KARIM 
Pegawai Integriti Bertauliah /Certified Integrity Officer (CeIO)
UTM Pejabat Penasihat Undang-Undang / UTM Chambers of The Legal Adviser
Sultan Ibrahim Chancellery Building
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310 UTM Skudai
Johor Darul Ta’zim
MALAYSIA.

RASMI: HEBAHAN KALENDAR LATIHAN 2017

Bersama-sama ini dilampirkan Kalendar Latihan Staf UTM 2017 untuk makluman dan rujukan tuan/puan.  Sila klik pautan di bawah untuk melihat paparan kalendar

KALENDAR LATIHAN  2017

Penawaran kursus adalah tertakluk kepada perubahan dan keputusan dari semasa ke semasa.
Permohonan awal boleh dikemukakan di Google Form yang disediakan. Sila klik pada pautan link ini –> Borang Permohonan Mengikuti Kursus di Kalendar Latihan 2017.

Sebarang pertanyaan sila emelkan ke hcd@utm.my atau zarinah@utm.my.

International Journal of Current Innovation Research

Click here for the link.

MAKLUMAN: WAKTU OPERASI STUDIO KAD MATRIK PEJABAT PENDAFTAR UTMKL

Sukacita dimaklumkan bahawa mulai pada 9 Januari 2017 (Isnin), waktu operasi bagi Studio Kad Matrik Pejabat Pendaftar UTMKL adalah seperti berikut:

Hari    :      Selasa dan Khamis (kecuali cuti umum)

Masa  :      8.30 pagi hingga 4.30 petang (rehat : 1.00 ptg – 2.00 ptg)

Waktu operasi ini adalah untuk urusan pengambilan kad matrik yang telah siap, mengambil gambar, mengemukakan permohonan baharu secara manual, dan juga urusan-urusan lain yang berkaitan dengan kad matrik.

Namun demikian, seluruh warga UTM masih lagi boleh mengemukakan permohonan kad matrik pada bila-bila masa menerusi emel kepada smartcard.kl@utm.my sebagaimana sebelum ini.

Inviting paper for Publication January

International Journal of current multidisciplinary studies

 

Link to web site: Click here