Tarikh: 14 February 2016 (Ahad)
Masa: 2.30 pm
Tempat: C17-DK1, Faculty of Science, UTM
Anjuran: UTM-CIAM dan Jabatan Sains Matematik
Alhamdulillah, berkesempatan untuk menyertai seminar Penilaian Semen Berkualiti pada Haiwan. Antara yang hadir seminar berikut adalah Prof Dr. Zainal Abdul Aziz, PM Dr. Ali Hassan Mohd Murid, Dr Zaitul Marlizawati, Dr Arifah, Dr Haiza dan Dr Zuhaila. Turut menyertai seminar ini adalah pelajar JSM Tahun 4.
Seminar ini dibahagikan kepada 2 sesi. Sesi pertama dibentangkan oleh Prof. Dr. Abdul Wahid Harun, seorang pakar dalam pembiakan haiwan dari Fakulti Perubatan Veterinar, UPM. Tajuk pembentangan beliau ialah Semen Quality Evaluation in Animals.
Sesi kedua pula dibentangkan oleh Tn. Hj.Ridzuan A Idrus selaku CEO PalmGen Sdn Bhd. Topik beliau berkisar tentang peluang keusahawanan di dalam bidang penternakan.