TAKLIMAT TAWARAN UNTUK MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT PASCA KEDOKTORAN (POST DOCTORAL) DI BAWAH PROGRAM KHAS MyMENTOR TAJAAN KPT

My mentor merupakan satu inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang menyokong strategi pembangunan professional akademia.  Program ini telah dilancarkan pada 2015 dan telah direka untuk menyokong pembangunan karier penyelidik Malaysia yang menyelesaikan PhD di dalam tempoh 5 tahun.  Tujuan utama adalah untuk membantu membangukan karier penyelidikan mereka dan memberi mentor agar dapat menggalakkan budaya penyelidikan dan penerbitan dikalangan akademia muda.

Constructive Learning Workshop (day 1)

In this 2-day course, the participant will be introduce to the concept of constructive alignment in university. They will be expose to the way of designing constructively aligned outcome-based teaching and learning. These including designing intended learning outcomes and designing teaching and learning activities for declarative and functioning intended learning outcomes. Moreover, the participants will practice how to align assessment tasks with intended learning outcomes and how to assess and grade for declarative and functioning intended learning outcomes. This course will also discuss on the best way to implement constructive alignment in various levels ; course and department, faculty, institution by looking at the policy and support at the various level. Some research on the effectiveness of constructively aligned teaching will be discussed too.

Elsevier Author Workshop 2016: How to get published in high impact journal

Pada 18 February 2016, telah diadakan satu bengkel How to Get Published in High Impact Journal oleh Mr. Dean Eastbury dan juga Prof. Dr. Ahmad Fauzi (TNCPI UTM).  Banyak maklumat penting telah disampaikan oleh mereka mengenai cara penulisan artikel yang betul, pemilihan jurnal yang sesuai dan tips-tips yang boleh digunapakai untuk menghantar artikel untuk diterbitkan di dalam jurnal berimpak tinggi.

 

Mesyuarat bersama Pertubuhan Peladang Negeri Johor

Pada 17 Februari 2016, pihak UTM-CIAM telah mengadakan satu lawatan dan mesyuarat dengan Ir. Haji Zulkafli Mat Rani (Timbalan Pengurus Besar Operasi dan juga Pengurus Syarikat PPNJ Poultry & Meat Sdn. Bhd.).  Mesyuarat ini bertempat di Wisma Peladang, Jalan Selat Tebrau. Seramai 5 orang wakil daripada Jabatan Sains Matematik dan UTM-CIAM telah hadir untuk mesyuarat ini iaitu Prof. Dr. Zainal Abdul Aziz, Dr. Zaitul Marlizawati Zainuddin, Dr. Arifah, Dr. Nor Muhainiah dan Dr. Nur Arina Bazilah.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengenalpasti masalah pihak PPNJ yang boleh diselesaikan menggunakan kaedah Matematik.  Hasil daripada mesyuarat ini, pihak UTM-CIAM akan menyediakan satu proposal untuk mengadakan MoU bersama PPNJ.

Blended Learning Workshop

Dr.Henny mempunyai pengalaman mengajar di dalam bidang Blended Learning selama lebih daripada 10 tahun.  Beliau telah berkongsi cara-cara untuk mengaplikasikan Blended Learning dengan berkesan.  Antara perkara yang dibincangkan di dalam bengkel ini ialah

  1. Teori Blended Learning
  2. Pelaksanaan Blended Learning
  3. Pelajar dan Blended Learning
  4. Pengajar dan Blended Learning

Secara umumnya, Blended Learning ini adalah gabungan kaedah pengajaran face-to-face dan juga interaksi secara atas talian dengan pelajar.  Kaedah ini akan menggalakkan pembelajaran di buat sendiri oleh pelajar dan bukannya hanya bergantung kepada kuliah di dalam kelas.  Adunan gabungan kaedah pengajaran ini adalah terpulang kepada pengajar.  Sebagai contoh, ada pengajar selesa mengajar dengan kaedah 70% di dalam kelas dan 30% melalui media atas talian.

Antara bahan yang boleh digunakan di dalam teknik Blended Learning ialah penggunaan MOOC (Massive Open Online Course) dan E-learning.

Semen Quality Evaluation in Animals

Tarikh: 14 February 2016 (Ahad)

Masa: 2.30 pm

Tempat: C17-DK1, Faculty of Science, UTM

Anjuran: UTM-CIAM dan Jabatan Sains Matematik

Alhamdulillah, berkesempatan untuk menyertai seminar Penilaian Semen Berkualiti pada Haiwan.  Antara yang hadir seminar berikut adalah Prof Dr. Zainal Abdul Aziz, PM Dr. Ali Hassan Mohd Murid, Dr Zaitul Marlizawati, Dr Arifah, Dr Haiza dan Dr Zuhaila. Turut menyertai seminar ini adalah pelajar JSM Tahun 4.

Seminar ini dibahagikan kepada 2 sesi.  Sesi pertama dibentangkan oleh Prof. Dr. Abdul Wahid Harun, seorang pakar dalam pembiakan haiwan dari Fakulti Perubatan Veterinar, UPM. Tajuk pembentangan beliau ialah Semen Quality Evaluation in Animals.

Sesi kedua pula dibentangkan oleh Tn. Hj.Ridzuan A Idrus selaku CEO PalmGen Sdn Bhd.  Topik beliau berkisar tentang peluang keusahawanan di dalam bidang penternakan.