Pada 17 Februari 2016, pihak UTM-CIAM telah mengadakan satu lawatan dan mesyuarat dengan Ir. Haji Zulkafli Mat Rani (Timbalan Pengurus Besar Operasi dan juga Pengurus Syarikat PPNJ Poultry & Meat Sdn. Bhd.). Mesyuarat ini bertempat di Wisma Peladang, Jalan Selat Tebrau. Seramai 5 orang wakil daripada Jabatan Sains Matematik dan UTM-CIAM telah hadir untuk mesyuarat ini iaitu Prof. Dr. Zainal Abdul Aziz, Dr. Zaitul Marlizawati Zainuddin, Dr. Arifah, Dr. Nor Muhainiah dan Dr. Nur Arina Bazilah.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengenalpasti masalah pihak PPNJ yang boleh diselesaikan menggunakan kaedah Matematik. Hasil daripada mesyuarat ini, pihak UTM-CIAM akan menyediakan satu proposal untuk mengadakan MoU bersama PPNJ.