Tips Umrah dengan Si Kecil

Alhamdulillah. Back in Malaysia and back to reality.

Ok nak share tips tunaikan umrah bersama si kecil. And please, saya juga dapat tips ni dari orang lain. Merata2 saya tanya, maka saham ini juga untuk mereka. You know who you are.

Pengalaman yang saya share adalah untuk Ramadan di Madinah dan Syawal di Makkah (Jun) dengan cuaca kering avaerage 42°C pada waktu siang dan 35°C pada waktu malam. Untuk umrah waktu lain, mungkin berbeza sedikit. Oh, dan tips ini untuk anak seorang yang berumur ngam2 DUA tahun. Untuk umrah bersama anak lebih dari seorang, doa2kan ya.

Here it goes #tipsumrahdengansikecil
#tipsno1umrahdengansikecil

KENALI ANAK ANDA

Uwais seorang yang tak nak dengan orang lain. Kecuali, balik kampung ada sepupu2. But kita nak pergi umrah ni. Bukan nak balik kampung. Jadi yang ada hanya kita laki bini. Walaupun ada keluarga abang ipar (atau keluarga lain) kita pun tak boleh expect mereka ada untuk tolong jaga. Sebab mereka juga nak beribadat. Tak mahulah ganggu mereka kan. Mostly dia memang suka berkelek. Tak ada orang asing yang berjaya dukung atau ambil dia. Toys yang dia khusyuk main adalah bola. Tak suka crowded places kecuali berkelek atau ada mama depan mata. Makan alhamdulillah tak cerewet. Favourite: nasi

Dah nampak kan onak duri nak bawa haji kecik ni tunaikan umrah kan?

Ok takpe. Ingat, niat kita baik. Akan ada juga yang cakap “Baik tinggallah anak tu. Senang nak beribadat”. “Susahlah bawak budak”

Itu normal. Makin tak senang saya nak beribadat mengenangkan anak yang tak pernah pisah tidur dengan saya terkontang kanting kat Malaysia. Dan susah itu definisi kita. Susah kita rasa, susahlah jadinya. Kuatkan semangat dan tekad. Larung je.

Untuk Uwais yang suka berkelek walaupun dah masuk 2 tahun, hotel jauh is not an option. Maka, pakej yang kami riki saya akan tanya pakej hotel dekat sahaja. Untuk Tiram Travel, hotel mereka di Madinah average 200m ke pintu Masjid Nabawi (Hotel Al-Ansar). Masih kategori hotel dekat. Di Makkah pula, hanya 50m dari dataran Masjidil Haram (Safwah towers). Mudah nak bawa anak ke masjid. Kalau berkelek pun lecak ketiak sikit je. Tak la lokos sangat. ??

Dan bila anak jenis melekat je dengan mak, lebih baik ambil bilik berdua. Duduk dengan suami. Paling tinggi dia nampak muka mama babah dia je. Kang nampak muka orang lain lagi nak mandi pun susah. Plus, kita nak nyusukan dia pun selesa. Anak merengek pun kita tak ganggu orang lain.

Ok. Separuh masalah berkelek hampir selesai. Kisahnya, berkelek nak pakai apa? Sehelai sepinggang je ke? Nak pakai wrap? Ke SSC? Nak pakai wrap dengan telekung?

Maaf. Saya tak ada jawapan untuk itu. Uwais rejected both wrap and SSC. Saya pakai hipseat carrier. Maaf mungkin ada yang tak setuju. Tapi itulah yang memudahkan segala perjalanan saya di sana. A 2-year-old toddler macam Uwais angin dia sepoi2 bahasa. 1 minute he wants to be carried. Nampak escalator nak turun. Then berkelek balik. Imagine that guna wrap/SSC. Semput oi. Hipseat sangat membantu but not ergonomic. Tapi sangat practical di sana.

Uwais memang tak biasa naik stroller. Kami bawa juga jenis buggy style stroller. Gunanya mostly dekat Madinah. Bawa Uwais jalan2 dataran masjid. Dekat Makkah tak practical sebab stroller tak boleh bawak masuk masjid. Mostly mereka tolak anak naik kerusi roda yang disediakan. Walaupun dah ada yang bagi tips tak practical bawa stroller, kami bawa juga. Just in case.

Makanan di hotel alhamdulillah tidak mengecewakan. Jika risau anak takde lauk, bawaklah botol kicap dari Malaysia. Setakat ni Uwais tak perlu. Nasi arab pun dia boleh sesah dengan jayanya. ??
Extra tips untuk bulan Ramadan. Siang kedai tutup. Jadi susah nak cari makanan untuk anak kecuali kudap-kudapan. Tapi kesian la kalau dia tak makan nasi kan. So boleh siap2 prepare nasi impit dah rebus dari Malaysia. Sampai hotel tinggal panaskan dan sesuaikan dengan lauk. Option lain, waktu sahur boleh simpan sikit makanan bawa ke hotel untuk anak kita.

Pakej di bulan Ramadan selalunya lebih mahal berbanding bulan lain. Begitu juga dengan harga pada cuti sekolah. Bila dah tau perangai anak sendiri, dah boleh cari pakej yang memenuhi option kita. Contoh, anak biasa jalan bebas sendiri. Hotel jauh takde masalah. Boleh extra kan duit untuk tambah pakej bulan Ramadan. Rezeki kami, pakej Tiram Travel pada hujung Ramadan ni alhamdulillah agak affordable bagi kami. RM6290. Mungkin kerana hujung Ramadan di Madinah, 1 Syawal baru ke Makkah. Pakej ini adalah dengan option hotel dekat iaitu Safwah towers 50m dari dataran Masjidil Haram. Kami sediakan tambahan RM2k seorang untuk upgrade ke bilik berdua.

Untuk Uwais, oleh sebab birthday dia 10 Jun, penerbangan 9 Jun masih dikira bawah 2 tahun. Fees dia hanya RM2k sahaja. Kalau dah cecah 2 tahun, fees dikira kategori kanak2. Tolak RM500 je dari fees orang dewasa.

Bila kita dah riki harga, dah boleh pilih tarikh yang sesuai dengan harga dan dah boleh planning ikut bajet kita. Extrakan seorang RM1k untuk berbelanja. Nak lebih boleh. Nak kurang pun boleh.

Suka untuk saya ingatkan. Perlu tanya juga ada connecting flight atau direct flight ke Jeddah. Extra preparation for connecting flight. Itenary samada ke Madinah atau ke Makkah dulu biasanya paling lewat dapat sebulan sebelum flight. Jika ke Madinah dulu, flight turun di Jeddah akan ada 6 hours travelling lagi ke Madinah by bus. Uwais memang seronok naik bas. Duduk seat sendiri sampai tertidur. Alhamdulillah 6 hours tidur dengan jayanya.
Jika ke Makkah dahulu, dah bersiap2 pakai ihram dari departure. Setibanya di Makkah perlu terus menunaikan umrah. Time management dengan anak waktu ni penting. Kena sesuaikan dengan keadaan anak.

Ziarah luar dengan Tiram Travel baik di Madinah atau di Makkah saya kategori kan sebagai biasa2 sahaja. Sepanjang ziarah luar ke Madinah, hanya di Masjid Quba sahaja kami dapat turun berdua solat sunat. Tempat lain Uwais tidur, maka saya tak turun. Ziarah luar di Makkah juga dia tidur dengan jayanya ??? Tak banyak tempat pun singgah. Plus, saya lebih suka jika ada penerangan tentang sejarah atau cerita di setiap tempat yang saya kunjungi, which Tiram tak provide such service. Ini juga perlu include dalam choice pemilihan travel agency. Bandingkan sebaiknya.

Untuk tips2 lain, saya sambung di post yang lain ya. Wallahualam.
Till then. Wassalam.

Similar Posts

  • Kisah 3 Ramadhan

    Setiap tahun kisah 3 Ramadan tetap punya 1 post istimewa buat insan tersayang Masa puasa ke2 dah rasa Uwais kurang gerak, jadi separuh hari terus buka sebab risaukan keadaan dia Dah lepas buka pun masih kurang aktif, tapi kerap mengeras Malam tu juga terus pergi hospital Kedudukan Uwais memang dah songsang Jadi schedule operation terus…

  • Manisnya Madinah

    Here is my favourite part. Macam storytelling post kali ni untuk #tipsno3umrahdengansikecil #tipsumrahdengansikecil ALKISAH DI MADINAH AL MUNAWWARAH Pakej kami adalah penerbangan direct flight ke Jeddah (9 hours flight) dan terus ke Madinah (6 hours travelling by bus). Sampai di Madinah, terus check-in hotel. Mudah sahaja untuk tahu arah ke mana nak ke masjid. Jika di…

  • Meriahnya Makkah

    And we have come to #tipsno4umrahdengansikecil Selesai saya ceritakan pengalaman di Madinah di #tipsno3umrahdengansikecil Kali ini saya cerita pengalaman di Makkah. Hujung Ramadan kami di Madinah. Syawal pertama selesai solat Jumaat kami bertolak ke Makkah (6 hours travelling by bus juga) IBADAH WAJIB DAN SUNAT DI MAKKAH AL MUKARRAMAH Kebanyakan umat keluar sebentar dari Makkah pada 1…

  • Hanzhalah, Sang Pengantin Langit by Fedtri Yahya

    Maafkan diriku kekasih hati, gelora cinta terpaksa ku henti . Baru semalam mengukir asmara, selimut rindu masih membara . Duhai kekasih zahir dan batin, tinggallah sebentar ku mohon izin . Bagaimana jiwa hendak bertenang, Rasulullah tercinta sedang berjuang . Perang cintaku di kamar pengantin, perang Baginda kerana ad din . Belaian isteri terpaksa ditangkis, sedang…

  • Kelengkapan diri untuk persiapan umrah

    Let’s continue with #tipsumrahdengansikecil #tipsno2umrahdengansikecil KELENGKAPAN DIRI Seusai memilih pakej yang sesuai dengan bajet dan keselesaan kita sekeluarga, segeralah letak deposit supaya hati lapang. Serious. Untuk kami, decision nak pergi umrah tu dibuat seawal bulan December 2017. Pemilihan tarikh dan pakej selalu bercanggah dengan kelapangan masa kami laki bini. Plus, keluarga abang ipar dan seorang kakak…

  • M39 families

    Introducing… my M39-mates… closing lunch-potluck-date utk sem ini… Tak tau nak key-in RADIS masa mula-mula dulu, Bertapa la dekat bilik Kak Hanifah belajar Tak faham eLPPT dengan nak susun publication segala bagai Duduk bertapa juga Laa ni kami dah ramai, maka lagi ramai bertanya, lagi beramai-ramai bertapa. Tapi ilmu semua kongsi sama-sama. Tolong kawan sama-sama…