Kisah 3 Ramadhan

Setiap tahun kisah 3 Ramadan tetap punya 1 post istimewa buat insan tersayang
Masa puasa ke2 dah rasa Uwais kurang gerak, jadi separuh hari terus buka sebab risaukan keadaan dia
Dah lepas buka pun masih kurang aktif, tapi kerap mengeras
Malam tu juga terus pergi hospital
Kedudukan Uwais memang dah songsang
Jadi schedule operation terus esoknya
.
3 Ramadan pada 4 tahun lepas
Lahirlah putera sulong kami, Muhammad Nur Uwais Bin Mohd Salehin
.
Diikuti rezeki habis viva PhD
Dan rezeki dapat kerja
Dan rezeki meraikan Ramadan terakhir di bumi Madinah dan mengerjakan Umrah pada 1 Syawal
.
Maka, nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan?
.
Seluas rezeki Allah belum tentu semuanya milik kita. InsyaAllah Dialah sebaik perancang, dan Dialah maha Adil lagi Saksama. Dan rezeki itu insyaAllah datang tepat pada waktunya. Tidak akan awal, dan tidak akan lewat.
.
Hasbunallahu wanikmalwakil
Cukuplah Allah bagiku, sebaik-baik pelindung

Hanzhalah, Sang Pengantin Langit by Fedtri Yahya

Maafkan diriku kekasih hati,
gelora cinta terpaksa ku henti
.
Baru semalam mengukir asmara,
selimut rindu masih membara
.
Duhai kekasih zahir dan batin,
tinggallah sebentar ku mohon izin
.
Bagaimana jiwa hendak bertenang,
Rasulullah tercinta sedang berjuang
.
Perang cintaku di kamar pengantin,
perang Baginda kerana ad din
.
Belaian isteri terpaksa ditangkis,
sedang di sana pahlawan menangis
.
Belum sempat bermandi hadas,
tempur perwira semakin deras
.
Langkah diatur menuju medan,
gigitan cinta masih di badan
.
Hati terikat sentiasa tajdid,
pertaruh nyawa sumpah mujahid
.
Ikrar pahlawan Islam sejati,
tidak gentar istilah mati
.
Musuh terdengar terasa gentar,
pejuang Allah singa yang lapar
.
Perang Uhud menjadi saksi,
kalimah Allah terjulang tinggi
.
Seiring hembusan fajar nan suci,
langkah rapi setiap inci
.
Air mata isteri tercinta,
tangis sedih lara meronta
.
Hawa nafsu di tapak kaki,
cinta agama melonjak tinggi
.
Begitu gemilang semangat Hanzalah,
sanubari unggul bermujahadah
.
Kaki kuda Abu Sufyan,
kini sudah patah berantakan
.
Urat nadi seorang Hanzalah,
musuh melihat terasa lelah
.
Berpalulah segala gendang perang,
seruan bergema seisi ruang
.
Ketika menang dalam genggaman,
Hanzalah mati dalam hentaman
.
Tombak dari Syaddan Bin Aswad,
gugur pendekar di sanggar maahad
.
Ketika manis nikmat bernikah,
nyawa kini sudah dipangkah
.
Ketika masih dalam janabah,
Hanzalah telah menjadi jenazah
.
Basah mayatnya di medan perang,
bukti syuhada hati nan terang
.
Takjub alam melihat kejadian,
malaikat turun untuk mandikan
.
Darah harum seorang hamba,
kamar pengantin bertukar syurga
.
Kuda syahadah laju dipacu,
kuda khayalan diinjak kaku
.
Hujan rindu dari langit,
penuhi dahi bagai diulit
.
Bejana perak bawaan malaikat,
bersihkan darah mujahid yang pekat
.
Air mata seorang isteri,
menyambut nyawa cinta misteri
.
Betapa redha suami berjuang,
demi Allah rela kau tak pulang
.
Wangi keringat masih di ranjang,
bukti pahlawan pernah bersilang
.
Wahai suami di negeri abadi,
cahaya kematian menggetar nadi
.
Langit terbelah untuk Hanzalah,
masuklah dia bersayap indah
.
Demikian kisah cinta dirgahayu,
purnama akan kembali merindu
.
#pengantinsatumalam
#fedtriyahya

Day 3 in Osaka: Kurashiki!

Kurashiki ini sebuah bandar kecil di Okayama Perfecture. Agak jauh perjalanan dari Kansai, jadi kami gunakan Kansai Wide Area Pass for 5 Days di mana pass ni inclusive sekali dengan perjalanan menaiki Shinkansen. Itu yang penting. Pengalaman menaiki bullet train ni sesuatu yang menjadi idaman walaupun dapat peluang sekali seumur hidup!

Bersama limited edition Hello Kitty HarukA!!!!!!!!!

Apa yang ada di Kurashiki? Well, untuk peminat bandar dan kota lama, tentunya ada Historical Bican di mana kesemua bangunan meninggalkan sejarah yang tersendiri. Dikekalkan seadanya. Bila dapat partner travel yang cool macam ni, tak ada la bergelimpangan kat mall untuk shopping aja. Dapat explore Kurashiki ni memang wishlist aku. Di bandar kecil yang tenang ini, akan kelihatan pelancong menaiki sampan di sepanjang Lake Kurashiki. Ada juga yang memberi makan kepada ikan koi serta angsa dan burung yang hidup disekitar Lake Kurashiki. Pelancong juga boleh mendapatkan servis penarik beca untuk menikmati sekitar Historical Bican Centre ini.

 

Kerana perjalanan yang jauh, hanya bandar Kurashiki je sempat kami explore pada hari ini. Dan malamnya kami sempat singgah di Dotonburi bergambar authentic bersama GlicoMan!

 

D-Day for Conference. 2nd Day in OSAKA!

Dah familiar sikit dengan sistem pengangkutan awam masa Day 1, berani dah untuk kita tempuh D-Day of the conference. Persidangan di jalankan di Ritsumeikan University, di area Osaka-Ibaraki. Lama kami decide pakaian apa nak pakai. Saja inginkan kelainan, kami berbaju kurung ke persidangan tersebut, melambangkan identiti kami sebagai rakyat Malaysia. Persidangan ini juga menarik, kerana perjalanan program berjalan sangat lancar, tiada protokol rumit seperti di Malaysia.

Selesai membentang dan bertukar kad nama bersama pembentang lain, kami hanya meneruskan perjalanan pulang ke AirBnb semula. Dalam perjalanan sempat kami singgah di restoran Matsuri, restoran halal untuk makan malam. Mochi dia ya Ampunn. Lembut dan sedap. Manis-manis buah. Kami order Okonomiyaki dan juga kek ikan. Sedap dimakan panas-panas terutama cuaca di sana memang sejuk sekitar 3 darjah celcius apabila menjelang malam.

 

Ok next, kita akan jelajah kawasan lain pula.

1st day in OSAKA, Japan!

Semasa mendaftarkan diri untuk menghadiri persidangan IC4E di Osaka, perkara pertama yang dicari adalah teman untuk pergi bersama. Memandangkan cuaca di OSAKA dijangka sekitar 2-5 darjah Celcius, dan ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke negara matahari terbit ini, aku decide untuk tidak bawa Uwais bersama. Menguruskan Uwais yang unpredictable, ditambah dengan cuaca dan negara yang amat asing bagi aku mungkin akan jadi 1 halangan besar terutama untuk menghadiri persidangan nanti.

Setelah puas aku scroll wall Fb, ternampak la komen sahabat berdua ni yang sedang mencari destinasi percutian dalam bulan yang sama. Apa lagi, kita offer la! Untung juga jika mereka ikut aku sekali, kerana penginapan dapat dikongsi bersama. Maka, berbulan merancang itenari, pengangkutan dan penginapan, berjaya juga aku menjejakkan kaki ke bumi Osaka, Jepun. Sebelum ke persidangan, ini adalah gambar-gambar hari pertama di Osaka. Kami decide untuk berjalan sekitar Kansai Area, melawat Istana Osaka dan berjalan sekitar USJ serta URC hunting.

Banyak travelog yang pernah dikongsikan orang lain, jadi di post ini aku lebih suka cerita apa yang aku sendiri alami. Tips perjalanan masih boleh google, dan boleh juga join Fb Road To Japan kendalian Tok Jack untuk maklumat yang lebih terperinci bagi sesiapa yang teringin untuk melawat negara ini.

Seterusnya kami meneruskan perjalan ke tempat-tempat menarik sekitar Kansai seperti Museum of House and Living (untuk cuba Kimono), Kaiyukan Aquarium, dan sekitar Dotonburi. Banyak sangat gambar kalau nak tepek, kita buat short post sahaja. Till next post!

M39 families

Introducing… my M39-mates… closing lunch-potluck-date utk sem ini…??‍??‍?

Tak tau nak key-in RADIS masa mula-mula dulu,
Bertapa la dekat bilik Kak Hanifah belajar
Tak faham eLPPT dengan nak susun publication segala bagai
Duduk bertapa juga
Laa ni kami dah ramai, maka lagi ramai bertanya, lagi beramai-ramai bertapa. Tapi ilmu semua kongsi sama-sama.
Tolong kawan sama-sama naik
Different background, different department, different expertise
Good food. Great companions. Ending our 2019 with flying colours.
Next, 2020!!!???
Till our next potluck, everyone!!!
Simpan sini sebagai memori, kenang-kenangan. Betapa eksaitednya I beli Fujifilm X-A3 untuk ambil gambar kawan-kawan dan abadikan dalam post-post begini! I loikee!

Craving for pool

As you grow up..
I wish you the strength to face challenges with utmost confidence
Along with the wisdom to choose your battles carefully
I wish you adventure on your journey
And may you always stop to help someone along the way
Listen to your heart, and take risks wisely
.
.
Remember how you are loved, my son ???
.
.
Craving for pool satisfied. Super quality time before my long-mom-only workcation

Meriahnya Makkah

And we have come to #tipsno4umrahdengansikecil
Selesai saya ceritakan pengalaman di Madinah di #tipsno3umrahdengansikecil

Kali ini saya cerita pengalaman di Makkah. Hujung Ramadan kami di Madinah. Syawal pertama selesai solat Jumaat kami bertolak ke Makkah (6 hours travelling by bus juga)

IBADAH WAJIB DAN SUNAT DI MAKKAH AL MUKARRAMAH

Kebanyakan umat keluar sebentar dari Makkah pada 1 Syawal. Itu rezeki kami ketika masuk ke Makkah menunaikan umrah. Kawasan tawaf agak lengang. Kami tiba lebih kurang jam 11.45 malam. Hotel kami di tingkat 9 dan boleh nampak Kaabah dari tingkap kami. Saat melihat Kaabah, meronta-ronta hati nak segera ke Masjidil Haram. Since Uwais mata dia buntang, kami decide bawa je Uwais untuk segera selesaikan umrah kami.

Syarat sah tawaf perlu suci dari hadas. Kelek Uwais tidak dibenarkan, dikhuatiri kita menanggung najisnya. Jadinya, tawaf kami perlu bergilir2. Ibadah tawaf selesai jam 1 pagi. Kami segera bergerak ke tempat Saie.

Sejarah ibadah Saie ini diambil dari kisah Hajar, isterinya Nabi Ibrahim, yang ditinggalkan di tepi Kaabah bersama anaknya Nabi Ismail atas perintah Allah SWT.

Setelah ditinggalkan selama beberapa hari, bekalan makanan telah habis dan susu di badan Hajar telah kering. Ismail menangis kelaparan. Lalu diletaknya Ismail di tepi Kaabah dan Hajar berlari ke Bukit Safa yang tidak jauh dari situ dan melihat2 sekeliling kalau-kalau ada air. Kemudian, Hajar seperti terbayang ada air di Bukit Marwah, lalu Hajar berlari ke sana. Hampanya, cuaca yang panas terik sahaja yang menimbulkan bayangan seperti air di panggil “fatamorgana”. Hajar pun berpatah balik ke Bukit Safa dan sebaliknya sebanyak 7 kali tanpa putus asa. Dan akhirnya di Bukit Marwah, Hajar ternampak kilauan air dekat Kaabah tempat dia meletak anaknya Ismail. Segera dia meluru ke sana dan terdengar malaikat menyebut “Zamzam! Zamzam!” yang bermaksud “kepung”. Hajar pun mengepung air matair itu yang bertakung menjadi jernih lalu disuapkan kepada puteranya Ismail.

Begitulah kisahnya ibadah Saie dan telaga air zamzam ini. Untuk ibadah Saie, Uwais hanya berlari2 pada pusingan yang pertama dari Safa ke Marwah. Seterusnya, dia mula mengantuk dan terus tertidur sewaktu dikelek. Additional info pasal Uwais, tidurnya hanya dua. Pertama, bila menyusu sambil baring. Kedua, dalam pelukan atau dakapan. Menyusu sambil baring gagah lagi saya nak ninja move bergerak ke tempat lain. Tapi bila berdakap, nak turun dari kereta pun dia akan terjaga. Sebab itu agak susah untuk solat jemaah sekali pun. Boleh saja saya tidurkan dia di pangku, tapi bila letak serta merta dia bangun ?? magik!

Jadinya, bila 1 pusingan dia dah tertidur, maka saya habiskan ibadah Saie dengan mengelek anak kesayangan saya. 7 pusingan kesemuanya. Selesai pada jam 4 pagi. Saie bagi saya mencabar. Sangat. Setapak demi setapak saya cuma minta Allah bagi kudrat. Supaya saya dapat selesaikan. Ada juga kerusi roda dan skuter, tapi itu di tingkat atas. Seronok di tingkat bawah kerana kita sendiri merasa mendaki sedikit Bukit Safa dan Marwah tersebut. Supaya kita rasa peritnya Hajar mencari air untuk anaknya. Supaya kita juga rasa pengorbanan seorang ibu demi anaknya. Kepuasan menghabiskan 7 pusingan Saie tu tak tergambar dengan kata2. Kepuasan yang teramat.

Selesai ibadah Saie, segera kami bertahlul maka tertiblah umrah wajib kami supaya segala larangan dalam ihram kami terlepas. Suami hold bertahlul. Dia solat Subuh dulu dan cari kedai cukur kepala di hotel. Sebab dia nak jadi Abang Castello ?

Selesai sahaja umrah wajib, maka saki baki hari di Makkah nak buat apa?

Antara amalan yang dituntut adalah tawaf sunat. Boleh juga buat umrah sunat. Ada hadis nabi yang menyatakan barang siapa yang menghabiskan masanya dengan menunaikan tawaf sebanyak 50 kali (350 pusingan), tiada janji kepada orang ini melainkan dosanya diampunkan bersih, sebersih bayi.
Sumber rujukan:

https://www.youtube.com/watch?v=kG4d48vIRww

Subhanallah, hebat kan? Begitulah ganjaran mereka yang berkemampuan dan berkebolehan ke sini. Sayangnya, kami cuba tapi tidak berjaya. Saya dan Abang Castello terpaksa bergilir. Paling tinggi dia dapat buat sepanjang kami di sana adalah 12 kali tawaf sunat. Saya dapat 8 kali sahaja tawaf sunat. Ada tips kami baca, untuk achieve 50 kali tawaf sunat, aim setiap solat fardhu buat 1 tawaf sunat sebelum dan selepas. Maka, setiap fardhu dapat 2 tawaf sunat. 1 hari ada 5 waktu maka 1 hari dapat 10 tawaf sunat. Cukup 5 hari di sana, insyaAllah cukup 50 tawaf sunat.

Di Malaysia, kami kira2 insyaAllah boleh buat. Tapi kami tak tahu akan suasana dan perancangan program di Makkah. Kalau ikut kiraan tarikh dari 15jun hingga 20jun ada 6 hari. Macam boleh kan? Tapi perlu ingat. Kita kena tolak 1 hari untuk umrah wajib. Maka, 15jun tak sempat buat tawaf sunat. Ada 1 hari mutawwif bawa ziarah luar. Dah kurang separuh hari. Dan hari terakhir nak bertolak balik, hanya pagi sahaja kami dapat masuk ke masjid. Seusai zohor kami perlu bergerak ke airport. Jadi burn 1 hari lagi. Memang tak sempat. Tambahan pula, bulan Ramadan dan Syawal lebih ramai berbanding bulan lain. Untuk kami pula, bermula 2 Syawal masjid kembali penuh sejak waktu asar hingga ke subuh kerana kebanyakkannya berpuasa enam. 1 tawaf di siang hari jam 10 pagi boleh selesai dalam setengah jam. Selain waktu itu boleh cecah 45 minit ke 1 jam. Agak mencabar.

Selepas ini, jika merancang untuk melakukan amalan tawaf sunat 50 kali ini, perlu cari pakej yang sekurang2nya menetap 7 hari di Makkah. InsyaAllah itu aim kami selepas ini.

Selesai bahagian umrah dan tawaf. Untuk solat fardhu, sama juga seperti di Madinah. Subuh kebiasaannya memang Abang Castello yang akan berjemaah. Dalam jam 9 pagi, selepas Uwais siap2 dah bangun mandi, kami bawa dia breakfast dan terus ke masjid. Waktu ni adalah peluang untuk buat tawaf sunat. Cuma cuacanya agak terik. Sebab tu kawasan tawaf agak lengang. Kebiasaannya, kami dapat 1 atau 2 tawaf sunat sebelum Zohor. Jika Uwais mood baik, sewaktu solat jemaah dapat juga saya join. Jika dia mula mengantuk, dia hanya akan duduk di riba atau dakapan saya. Hanya sekali dua sahaja saya dapat duduk berdekatan dengan Abang Castello dan solat bersama imam di rakaat terakhir seperti yang saya cerita di #tipsno3umrahdengansikecil

Selepas zohor, kami akan balik ke hotel untuk berehat dan tidurkan Uwais. Seperti di #tipsno1umrahdengansikecil, hotel dekat amat perlu bila ada anak kecil. Seperti gambar yang saya share, hotel Safwah tower adalah yang sebelah kiri menara jam tu. Cukup dekat Alhamdulillah. Sebab kita tak possible nak beriktikaf dekat masjid sepanjang masa. Melainkan si anak jenis yang boleh tidur dimana saja dalam apa jua keadaan. Nak kata saya manjakan Uwais, tak lah juga. Dah kejadian nya begitu, kita kena sabar lah ye dak. Nama pun anak kan.

Apabila Uwais tidur je, saya pun ninja move dan segera ke masjid semula. Sempat juga saya tawaf sunat 1 atau 2 kali sebelum solat asar. Tengok keadaan. Dan peluang ni saya gunakan untuk solat betul2 di tile putih di kawasan tawaf. Supaya sepanjang solat saya dapat melihat Kaabah. Puas. Selama ni yang kita lihat adalah lukisan Kaabah di sejadah. Peluang ni saya guna sebaiknya supaya sepanjang solat saya melihat live Kaabah di depan mata saya. Melihat Kaabah pun dapat pahala tau.

Selepas jemaah Asar, saya segera pulang supaya Abang Castello dapat ke masjid dan solat Asar serta tawaf sunat. Kebiasaannya dia akan stay di sana sehingga Maghrib. Selesai Maghrib, kami makan bersama di hotel. Untuk Isyak pula, kami solat di dataran sebab masjid dah penuh dan mudah untuk berjemaah. Saf lelaki dan perempuan amat dekat dan tiada penghadang. Saya akan berjemaah di rakaat terakhir seperti kebiasaannya.

Begitulah tips2 yang saya boleh share mengenai ibadah sunat dan wajib di Makkah. Next post saya akan ceritakan keistimewaan Makkah dan fahilat2 yang boleh kita boleh kejar sementara kita berpeluang ada disana.

Manisnya Madinah

Here is my favourite part. Macam storytelling post kali ni untuk #tipsno3umrahdengansikecil
#tipsumrahdengansikecil

ALKISAH DI MADINAH AL MUNAWWARAH

Pakej kami adalah penerbangan direct flight ke Jeddah (9 hours flight) dan terus ke Madinah (6 hours travelling by bus). Sampai di Madinah, terus check-in hotel. Mudah sahaja untuk tahu arah ke mana nak ke masjid. Jika di bulan Ramadan, tiada malam yang sunyi. Jam 2 atau 3 pagi masih ramai orang di jalanan. Saat azan berkumandang, ikut sahaja crowd yang jalan kerana mostly mereka menuju ke masjid. Kebiasaannya, subuh Abang Castello yang akan ke masjid berjemaah. Saya sempat solat di bilik sahaja kerana waktunya pendek dan Uwais sedang nyenyak tidur. Keistimewaan di Madinah adalah Raudhah. Taman syurga. Antara salah satu tempat yang dimakbulkan doa. Raudhah ini terletak bersebelahan dengan Makam Rasulullah S.A.W. Memasuki Raudhah juga umpama menziarahi makam nabi dengan sehabis dekat. Peluang untuk memasuki Raudhah bagi wanita amat terhad. Ada masa2 tertentu iaitu sesudah Subuh dan sesudah Zohor. Untuk bulan puasa, bersesak2 dan bertolak2. Sewaktu mereka buka sahaja pintu halangan pertama (ada banyak pintu halangan) kita hanya dengar deruan tapak kaki macam askar berlari pergi berperang (ok hyperbola). But yes, seriously saya takut. Sebab saya ada anak dan tanggungjawab saya. Takut nak bertolak2 dengan orang2 Arab/Pakistan/India dll yang jauh lebih besar dan bertenaga. Jangan risau. Marshall disana (walaupun ada makcik panggil depa “prefect” ???) akan kumpulkan yang berbahasa melayu 1 tempat. Anda akan dengar dengan jelas “Ibu melayu. Duduk ibu duduk”. Tenang2 lah dengar kata marshall, walaupun sehingga 6 jam menunggu insyaAllah kita pasti berpeluang ke Raudhah.

Ok ini tips nya. Jika anak kecil seperti Uwais, option ke Raudhah bersama saya is a no no. Saya sarankan nak bawa anak masuk Raudhah biarlah babahnya yang bawa. 6 jam penantian kita tanpa makan, tanpa minum, tanpa berhadas sekalipun tanpa kentut (ada doa nya), takut anak kecil tak selesa. 6 jam dia perlukan makan. Kecuali dia fully bf. 6 jam tu penantian dari 3.30 pagi. Sebab perlu Subuh berjemaah dahulu. Memang bukan option untuk membawa anak kecil. Maka apabila saya berniat untuk ke Raudhah, Abang Castello akan solat subuh di bilik dan terus temankan Uwais. Saya akan subuh berjemaah di masjid dan terus stay untuk memasuki Raudhah. Oleh kerana penantian kesabaran orang Melayu ni 6 jam, mereka bagi kita masuk paling lama. Selagi kita solat sujud bangun sujud lagi mereka takkan halau. Tapi once kita angkat tangan berdoa je mereka akan suruh kita keluar. Doa boleh dibuat sambil berjalan. Bagi peluang orang lain solat pula di Raudhah.

Peluang ke Raudhah bagi lelaki amatlah banyak. Setiap kali waktu solat mereka berpeluang. Ada rezeki solat jemaah itu sendiri dilakukan di Raudhah. Uwais di bawa masuk Raudhah sebelum Zuhur. Masjid agak lengang dan mudah untuk babahnya dukung sahaja. Upah sekali makan pisang sambil dukung. Kalau tak, babah pun dia reject. Maka, sekali gus juga dapatlah bawa Uwais melawat makam Nabi. Kami doakan supaya Uwais sentiasa ingat dan sentiasa rindu pada Nabi. Moga Uwais membesar dengan sihat dan dimewahkan rezeki untuk berpeluang melawat Nabi.

Selesai tips mengenai Raudhah.

Mengenai solat berjemaah. Ingat tak peribadi yang saya terangkan tentang Uwais di #tipsno1umrahdengansikecil ?
Saya tambah sedikit. Jika saya solat sendirian di rumah, Uwais bebas bermain sendiri. Itu kawasan dia. Dia bebas. Tetapi, jika di masjid di Malaysia, dia akan menangis kalau saya solat bersama jemaah lain. Saya pun tak tau kenapa ??. Tapi kalau dia solat takpe. ?

Option yang ada:
Saya akan duduk di belah wanita yang paling tepi. Bersebelahan dengan belah lelaki. Sewaktu imam tahiyat akhir, saya lekakan dia, segera saya bangun dan angkat takbir dan terus duduk tahiyat akhir. Sekurang2nya, saya dapat juga pahala berjemaah. Seusai imam beri salam, saya akan bangun dan selesaikan baki hutang rakaat saya. Ada masa Uwais ok, ada masa Uwais akan menangis. But in either situation, he remains still at my side. So tak risau dia tak kan lari jauh. Abang Castello akan segera datang dan panggil dia. Uwais akan selamat bersama Abang Castello dan saya tenang2 dapat sempurnakan solat isyak dan teruskan dengan 8 rakaat terawih dan 3 rakaat witir. Kemudian, pas baton Abang Castello pula.
Inilah yang kami train 3 minggu puasa di JB.

Ia agak tidak praktikal di Madinah. Susah untuk mencari ruang solat wanita yang bersebelahan betul dengan ruang solat lelaki. Option yang ada hanyalah bergilir. Sama ada saya berjemaah dan Uwais tinggal di hotel bersama babah, atau sebaliknya.

Kebiasaannya, hanya isyak dan terawih sahaja yang saya dapat berjemaah. Subuh, zohor, asar dan Maghrib Abang Castello yang berjemaah. Itupun saya dah cukup bersyukur. Suami pergi solat jemaah di masjid kita isteri pun insyaAllah dapat pahala juga. Jangan risau ??

Oh yang seronoknya Ramadan di Madinah, terawihnya 20 rakaat. Maka training kami di JB agak bermanfaat di sini. Saya akan berjemaah isyak di masjid dan teruskan dengan 8 rakaat terawih. Deras2 saya pulang ke hotel dan pas baton pada Abang Castello. Witir saya buat sendiri di hotel. Abang Castello pula dapat 8 rakaat terawih juga. Alhamdulillah. Begitulah plannya dan begitulah kejadiannya. Allah Maha Besar.

Bagi yang anak memang jenis pandai ikut orang solat, boleh saja bawa berjemaah. Semua orang pun bawa anak kecil. Antara anak tu pandai adapt dengan tak sahaja. Yang bawa toys boleh berikan supaya dia leka sikit. Sebab tu kena kenali anak sebaiknya. Dah tau perangai anak senang sikit nak prepare. The rest kena perbanyakkan berdoa. But untuk anak yang jenis tak takut orang langsung, yang jenis berani dan pantang lepa, bahaya juga jika bawa berjemaah. Takut sesat tak jumpa. Mungkin bergilir lebih baik.
Di Madinah, perbanyakkanlah solat sunat. Dan solat jenazah selepas solat fardhu. Dan Ramadan pula kejarkan solat terawih serta Qiamulail.

Disini saya kongsikan betapa manisnya Ramadan di Madinah. Terawih malam terakhir Ramadan, di rakaat ke 20, seusai iktidal, imam ada membaca doa yang panjang dalam bahasa Arab. Lama sehingga lebih kurang 15 minit doanya. Menangis2 dan syahdu sekali bacaannya, di mana sekalian makmum juga turus menangis mendengarnya. Kerana siapa tahu, itulah Ramadan terakhir kita. Berdoalah sehabisnya dibulan yang mulia sebelum ia meninggalkan kita. Bertambah manis apabila semakin di penghujung Ramadan, semakin ramai makmum di masjid. Berbeza tak dengan kita di Malaysia? Sangat kan? Allahu.. ini juga terapi keinsafan buat kami. Buat kekhilafan kami.

Bulan Ramadhan memang penuh dengan umat Nabi di masjid. Baik Madinah atau pun Makkah. Mengimarahkan dan memanfaatkan bulan yang penuh barakah ini. Mereka beriktikaf di masjid. Sambutan Hari Raya juga begitu sederhana. Tiada yang istimewa. Bagi kami, itulah manisnya perasaan kemenangan.

Alhamdulillah ini saja perkongsian saya di Madinah. Next tips insyaAllah saya kongsikan cerita di Makkah pula ya.. lagi banyak cerita menarik ?

Saya kongsikan gambar di Raudhah yang di share oleh jemaah umrah yang lain

Kelengkapan diri untuk persiapan umrah

Let’s continue with #tipsumrahdengansikecil
#tipsno2umrahdengansikecil

KELENGKAPAN DIRI

Seusai memilih pakej yang sesuai dengan bajet dan keselesaan kita sekeluarga, segeralah letak deposit supaya hati lapang. Serious. Untuk kami, decision nak pergi umrah tu dibuat seawal bulan December 2017. Pemilihan tarikh dan pakej selalu bercanggah dengan kelapangan masa kami laki bini. Plus, keluarga abang ipar dan seorang kakak ipar nak join sekali, maka kena cari masa yang sesuai iaitu cuti sekolah. Tak tung tak tung sampailah Februari menjelma, maka kami nekad sahaja pilih tarikh yang tinggal dan letak deposit. Allah sahaja yang tahu betapa lapangnya dada selepas letak deposit. Mudah nak rancang segalanya termasuk nak ambil cuti dan pengurusan kelengkapan.

1. Untuk yang bekerja kerajaan, perlu isi borang ke luar negara 3 bulan sebelum bertolak. Jadi, jangan leka. Dan government servant ada dapat cuti umrah khas diberi sekali sepanjang dalam perkhidmatan. Gunalah sebaiknya.

2. Persiapan ilmu di dada tentang ibadah umrah. Ada banyak sumber rujukan. Ini link favourite saya. Lengkap, simple, padat dan padu.
https://www.youtube.com/watch…

Follow lah setiap step dalam playlist ni. InsyaAllah lengkap semua persiapan. Yang saya tambah di sini adalah untuk yang bawa anak kecil. Kelengkapan lain boleh follow seperti yang dicadangkan dalam video diatas

3. Ubat-ubatan. Ubat demam, batuk, selesema. Standby saja. Guna tak guna belakang kira.

Cool fever. Yang ni sangat membantu. Di Madinah kami berpuasa. Dan Uwais menyusu badan. Bila malam badannya terasa panas, cuma bila check suhu demamnya tak tinggi sekitar 38°C sahaja. Tapi sebab risau, habis 1 badan kami tepek cool fever tu. Dengan di dahi juga. Ikhtiar. Alhamdulillah siangnya kembali normal.

Aloe vera gel. Thanks Amalina Ibrahim Shah. Gel ni sangatlah membantu. I bought the exact brand you suggest. Banana boat. Masa kirim dekat husband minta tolong dia beli, he was like “kena beli dekat PD ke?” ????

Vaseline. Untuk bibir kering. Strepsil untuk kurangkan sakit tekak. Multivitamin untuk tambah tenaga. Saya cuma ambil shaklee ostematrix sebab dah biasa makan bila berjalan banyak dan bila renyah badan. Alhamdulillah sangat membantu.

Smecta. Ubat oral untuk cherry berry. For both kid and adult dua2 boleh. Thanks kak Elun Hanaffi ??

Minyak panas atau minyak urut kalau kaki lenguh.

Vitamin C redoxon saya tak berapa recommend. Mungkin tak sesuai untuk kami. Untuk bulan Ramadan tak sesuai sebab pengambilan vitC ni biasanya kena balas minum air masak yang banyak. Kalau nak minum, minum sewaktu berbuka dan perbanyakkan minum air masak sepanjang malam. Kami fail sikit bab ni sebab malam pendek. Lepas buka deras nak maghrib. Then rehat kejap untuk isyak dan terawih. Balik dah penat nak tidur awal untuk bangun sahur seawal jam 3 pagi. Subuh jam 4 pagi. Kena pula kami yang memang tak reti konsisten minum air masak jadi vitC ni bukan option kami.

4. Sabun, syampoo, ubat gigi, berus gigi, sabun basuh baju. Yang travelling pack dah memadai. Tapi, bila cuaca panas kering ni saya tak recommend pakai sabun. Sebab pertama, memang tak berpeluh di Madinah. Kedua, kulit akan jadi lebih kering.
Basuh baju lebih mudah di Madinah. Bilik airnya lebih besar. Dan ada jual tali untuk menyidai pakaian. Ikatkan tali di kawasan yang dekat dengan tingkap. Tingkap hotel boleh dibuka sikit maka bila sidai jubah sekalipun insyaAllah 2 jam setel kering. Di Madinah recommended untuk rotate baju. Di Makkah habiskanlah waktu untuk tumpu beribadat dan guna pakai semua baju yang ada. Bawa balik semua baju kotor ?

5. Toys untuk anak. Seperti #tipsno1umrahdengansikecil jika anak memang pandai main sendiri, sediakan toys favourite dia. Untuk kes Uwais memang tak sesuai. Sebab dia suka bola. Tak practical nak tendang bola di masjid. Takut kepala orang yang ditendangnya. MasyaAllah mintak jauh.

6. Nestum atau milo instant. Untuk Ramadan, susah nak cari kedai yang buka pada waktu siang. Makanan yang ada untuk anak kecil hanyalah kudap-kudapan seperti apple pie (apple pie dia jual mcm jual roti. Serious sedap. Cuma Uwais kurang gemar ?), susu almarai (ada susu strawberi dan manggo. Sumpah sedap). But beware, laban dan susu adalah dua benda berbeza. Kami reject laban. Cannot go. ? kalau anak pandai minum nestum is an advantage. Nestum agak mengenyangkan. Works well with Uwais at least. Just untuk dia survive till Asar je. After Asar kedai nasi arab dah mula buka so dah boleh beli untuk dia makan. Option lain nasi impit dah siap rebus.

7. Pampers. Alhamdulillah kami bawa mencukupi untuk Uwais. Ngam2. Ada lebih 3/4 keping. Di Makkah ada jual juga pampers. Sebab banyak shopping complex. Di Madinah kami tak pasti sebab bukan option kami untuk beli pampers di sana.

Saya rasa ini sahaja serba sedikit yang saya boleh share. Selebihnya seperti panduan yang banyak boleh didapati di google atau bertanya terus pada mutawwif atau agen.

Saya sambung terus tips seterusnya selepas post ini. Wallahualam

Tips Umrah dengan Si Kecil

Alhamdulillah. Back in Malaysia and back to reality.

Ok nak share tips tunaikan umrah bersama si kecil. And please, saya juga dapat tips ni dari orang lain. Merata2 saya tanya, maka saham ini juga untuk mereka. You know who you are.

Pengalaman yang saya share adalah untuk Ramadan di Madinah dan Syawal di Makkah (Jun) dengan cuaca kering avaerage 42°C pada waktu siang dan 35°C pada waktu malam. Untuk umrah waktu lain, mungkin berbeza sedikit. Oh, dan tips ini untuk anak seorang yang berumur ngam2 DUA tahun. Untuk umrah bersama anak lebih dari seorang, doa2kan ya.

Here it goes #tipsumrahdengansikecil
#tipsno1umrahdengansikecil

KENALI ANAK ANDA

Uwais seorang yang tak nak dengan orang lain. Kecuali, balik kampung ada sepupu2. But kita nak pergi umrah ni. Bukan nak balik kampung. Jadi yang ada hanya kita laki bini. Walaupun ada keluarga abang ipar (atau keluarga lain) kita pun tak boleh expect mereka ada untuk tolong jaga. Sebab mereka juga nak beribadat. Tak mahulah ganggu mereka kan. Mostly dia memang suka berkelek. Tak ada orang asing yang berjaya dukung atau ambil dia. Toys yang dia khusyuk main adalah bola. Tak suka crowded places kecuali berkelek atau ada mama depan mata. Makan alhamdulillah tak cerewet. Favourite: nasi

Dah nampak kan onak duri nak bawa haji kecik ni tunaikan umrah kan?

Ok takpe. Ingat, niat kita baik. Akan ada juga yang cakap “Baik tinggallah anak tu. Senang nak beribadat”. “Susahlah bawak budak”

Itu normal. Makin tak senang saya nak beribadat mengenangkan anak yang tak pernah pisah tidur dengan saya terkontang kanting kat Malaysia. Dan susah itu definisi kita. Susah kita rasa, susahlah jadinya. Kuatkan semangat dan tekad. Larung je.

Untuk Uwais yang suka berkelek walaupun dah masuk 2 tahun, hotel jauh is not an option. Maka, pakej yang kami riki saya akan tanya pakej hotel dekat sahaja. Untuk Tiram Travel, hotel mereka di Madinah average 200m ke pintu Masjid Nabawi (Hotel Al-Ansar). Masih kategori hotel dekat. Di Makkah pula, hanya 50m dari dataran Masjidil Haram (Safwah towers). Mudah nak bawa anak ke masjid. Kalau berkelek pun lecak ketiak sikit je. Tak la lokos sangat. ??

Dan bila anak jenis melekat je dengan mak, lebih baik ambil bilik berdua. Duduk dengan suami. Paling tinggi dia nampak muka mama babah dia je. Kang nampak muka orang lain lagi nak mandi pun susah. Plus, kita nak nyusukan dia pun selesa. Anak merengek pun kita tak ganggu orang lain.

Ok. Separuh masalah berkelek hampir selesai. Kisahnya, berkelek nak pakai apa? Sehelai sepinggang je ke? Nak pakai wrap? Ke SSC? Nak pakai wrap dengan telekung?

Maaf. Saya tak ada jawapan untuk itu. Uwais rejected both wrap and SSC. Saya pakai hipseat carrier. Maaf mungkin ada yang tak setuju. Tapi itulah yang memudahkan segala perjalanan saya di sana. A 2-year-old toddler macam Uwais angin dia sepoi2 bahasa. 1 minute he wants to be carried. Nampak escalator nak turun. Then berkelek balik. Imagine that guna wrap/SSC. Semput oi. Hipseat sangat membantu but not ergonomic. Tapi sangat practical di sana.

Uwais memang tak biasa naik stroller. Kami bawa juga jenis buggy style stroller. Gunanya mostly dekat Madinah. Bawa Uwais jalan2 dataran masjid. Dekat Makkah tak practical sebab stroller tak boleh bawak masuk masjid. Mostly mereka tolak anak naik kerusi roda yang disediakan. Walaupun dah ada yang bagi tips tak practical bawa stroller, kami bawa juga. Just in case.

Makanan di hotel alhamdulillah tidak mengecewakan. Jika risau anak takde lauk, bawaklah botol kicap dari Malaysia. Setakat ni Uwais tak perlu. Nasi arab pun dia boleh sesah dengan jayanya. ??
Extra tips untuk bulan Ramadan. Siang kedai tutup. Jadi susah nak cari makanan untuk anak kecuali kudap-kudapan. Tapi kesian la kalau dia tak makan nasi kan. So boleh siap2 prepare nasi impit dah rebus dari Malaysia. Sampai hotel tinggal panaskan dan sesuaikan dengan lauk. Option lain, waktu sahur boleh simpan sikit makanan bawa ke hotel untuk anak kita.

Pakej di bulan Ramadan selalunya lebih mahal berbanding bulan lain. Begitu juga dengan harga pada cuti sekolah. Bila dah tau perangai anak sendiri, dah boleh cari pakej yang memenuhi option kita. Contoh, anak biasa jalan bebas sendiri. Hotel jauh takde masalah. Boleh extra kan duit untuk tambah pakej bulan Ramadan. Rezeki kami, pakej Tiram Travel pada hujung Ramadan ni alhamdulillah agak affordable bagi kami. RM6290. Mungkin kerana hujung Ramadan di Madinah, 1 Syawal baru ke Makkah. Pakej ini adalah dengan option hotel dekat iaitu Safwah towers 50m dari dataran Masjidil Haram. Kami sediakan tambahan RM2k seorang untuk upgrade ke bilik berdua.

Untuk Uwais, oleh sebab birthday dia 10 Jun, penerbangan 9 Jun masih dikira bawah 2 tahun. Fees dia hanya RM2k sahaja. Kalau dah cecah 2 tahun, fees dikira kategori kanak2. Tolak RM500 je dari fees orang dewasa.

Bila kita dah riki harga, dah boleh pilih tarikh yang sesuai dengan harga dan dah boleh planning ikut bajet kita. Extrakan seorang RM1k untuk berbelanja. Nak lebih boleh. Nak kurang pun boleh.

Suka untuk saya ingatkan. Perlu tanya juga ada connecting flight atau direct flight ke Jeddah. Extra preparation for connecting flight. Itenary samada ke Madinah atau ke Makkah dulu biasanya paling lewat dapat sebulan sebelum flight. Jika ke Madinah dulu, flight turun di Jeddah akan ada 6 hours travelling lagi ke Madinah by bus. Uwais memang seronok naik bas. Duduk seat sendiri sampai tertidur. Alhamdulillah 6 hours tidur dengan jayanya.
Jika ke Makkah dahulu, dah bersiap2 pakai ihram dari departure. Setibanya di Makkah perlu terus menunaikan umrah. Time management dengan anak waktu ni penting. Kena sesuaikan dengan keadaan anak.

Ziarah luar dengan Tiram Travel baik di Madinah atau di Makkah saya kategori kan sebagai biasa2 sahaja. Sepanjang ziarah luar ke Madinah, hanya di Masjid Quba sahaja kami dapat turun berdua solat sunat. Tempat lain Uwais tidur, maka saya tak turun. Ziarah luar di Makkah juga dia tidur dengan jayanya ??? Tak banyak tempat pun singgah. Plus, saya lebih suka jika ada penerangan tentang sejarah atau cerita di setiap tempat yang saya kunjungi, which Tiram tak provide such service. Ini juga perlu include dalam choice pemilihan travel agency. Bandingkan sebaiknya.

Untuk tips2 lain, saya sambung di post yang lain ya. Wallahualam.
Till then. Wassalam.

UTM Open Day