Let’s continue with #tipsumrahdengansikecil
#tipsno2umrahdengansikecil
KELENGKAPAN DIRI
Seusai memilih pakej yang sesuai dengan bajet dan keselesaan kita sekeluarga, segeralah letak deposit supaya hati lapang. Serious. Untuk kami, decision nak pergi umrah tu dibuat seawal bulan December 2017. Pemilihan tarikh dan pakej selalu bercanggah dengan kelapangan masa kami laki bini. Plus, keluarga abang ipar dan seorang kakak ipar nak join sekali, maka kena cari masa yang sesuai iaitu cuti sekolah. Tak tung tak tung sampailah Februari menjelma, maka kami nekad sahaja pilih tarikh yang tinggal dan letak deposit. Allah sahaja yang tahu betapa lapangnya dada selepas letak deposit. Mudah nak rancang segalanya termasuk nak ambil cuti dan pengurusan kelengkapan.
1. Untuk yang bekerja kerajaan, perlu isi borang ke luar negara 3 bulan sebelum bertolak. Jadi, jangan leka. Dan government servant ada dapat cuti umrah khas diberi sekali sepanjang dalam perkhidmatan. Gunalah sebaiknya.
2. Persiapan ilmu di dada tentang ibadah umrah. Ada banyak sumber rujukan. Ini link favourite saya. Lengkap, simple, padat dan padu.
https://www.youtube.com/watch…
Follow lah setiap step dalam playlist ni. InsyaAllah lengkap semua persiapan. Yang saya tambah di sini adalah untuk yang bawa anak kecil. Kelengkapan lain boleh follow seperti yang dicadangkan dalam video diatas
3. Ubat-ubatan. Ubat demam, batuk, selesema. Standby saja. Guna tak guna belakang kira.
Cool fever. Yang ni sangat membantu. Di Madinah kami berpuasa. Dan Uwais menyusu badan. Bila malam badannya terasa panas, cuma bila check suhu demamnya tak tinggi sekitar 38°C sahaja. Tapi sebab risau, habis 1 badan kami tepek cool fever tu. Dengan di dahi juga. Ikhtiar. Alhamdulillah siangnya kembali normal.
Aloe vera gel. Thanks Amalina Ibrahim Shah. Gel ni sangatlah membantu. I bought the exact brand you suggest. Banana boat. Masa kirim dekat husband minta tolong dia beli, he was like “kena beli dekat PD ke?” ????
Vaseline. Untuk bibir kering. Strepsil untuk kurangkan sakit tekak. Multivitamin untuk tambah tenaga. Saya cuma ambil shaklee ostematrix sebab dah biasa makan bila berjalan banyak dan bila renyah badan. Alhamdulillah sangat membantu.
Smecta. Ubat oral untuk cherry berry. For both kid and adult dua2 boleh. Thanks kak Elun Hanaffi ??
Minyak panas atau minyak urut kalau kaki lenguh.
Vitamin C redoxon saya tak berapa recommend. Mungkin tak sesuai untuk kami. Untuk bulan Ramadan tak sesuai sebab pengambilan vitC ni biasanya kena balas minum air masak yang banyak. Kalau nak minum, minum sewaktu berbuka dan perbanyakkan minum air masak sepanjang malam. Kami fail sikit bab ni sebab malam pendek. Lepas buka deras nak maghrib. Then rehat kejap untuk isyak dan terawih. Balik dah penat nak tidur awal untuk bangun sahur seawal jam 3 pagi. Subuh jam 4 pagi. Kena pula kami yang memang tak reti konsisten minum air masak jadi vitC ni bukan option kami.
4. Sabun, syampoo, ubat gigi, berus gigi, sabun basuh baju. Yang travelling pack dah memadai. Tapi, bila cuaca panas kering ni saya tak recommend pakai sabun. Sebab pertama, memang tak berpeluh di Madinah. Kedua, kulit akan jadi lebih kering.
Basuh baju lebih mudah di Madinah. Bilik airnya lebih besar. Dan ada jual tali untuk menyidai pakaian. Ikatkan tali di kawasan yang dekat dengan tingkap. Tingkap hotel boleh dibuka sikit maka bila sidai jubah sekalipun insyaAllah 2 jam setel kering. Di Madinah recommended untuk rotate baju. Di Makkah habiskanlah waktu untuk tumpu beribadat dan guna pakai semua baju yang ada. Bawa balik semua baju kotor ?
5. Toys untuk anak. Seperti #tipsno1umrahdengansikecil jika anak memang pandai main sendiri, sediakan toys favourite dia. Untuk kes Uwais memang tak sesuai. Sebab dia suka bola. Tak practical nak tendang bola di masjid. Takut kepala orang yang ditendangnya. MasyaAllah mintak jauh.
6. Nestum atau milo instant. Untuk Ramadan, susah nak cari kedai yang buka pada waktu siang. Makanan yang ada untuk anak kecil hanyalah kudap-kudapan seperti apple pie (apple pie dia jual mcm jual roti. Serious sedap. Cuma Uwais kurang gemar ?), susu almarai (ada susu strawberi dan manggo. Sumpah sedap). But beware, laban dan susu adalah dua benda berbeza. Kami reject laban. Cannot go. ? kalau anak pandai minum nestum is an advantage. Nestum agak mengenyangkan. Works well with Uwais at least. Just untuk dia survive till Asar je. After Asar kedai nasi arab dah mula buka so dah boleh beli untuk dia makan. Option lain nasi impit dah siap rebus.
7. Pampers. Alhamdulillah kami bawa mencukupi untuk Uwais. Ngam2. Ada lebih 3/4 keping. Di Makkah ada jual juga pampers. Sebab banyak shopping complex. Di Madinah kami tak pasti sebab bukan option kami untuk beli pampers di sana.
Saya rasa ini sahaja serba sedikit yang saya boleh share. Selebihnya seperti panduan yang banyak boleh didapati di google atau bertanya terus pada mutawwif atau agen.
Saya sambung terus tips seterusnya selepas post ini. Wallahualam