21 Jun 2015
Hari ini diberitahu tentang seorang kenalan yang di’rompak’ di dalam bilik solat sebuah pasaraya. Licik sungguh modes operandinya..mungkin telah memerhatikan mangsa sekian lama dan mengambil kesempatan semasa mangsa sedang sujud. Wang di ATM juga lesap dalam sekelip mata.
Muhasabah diri ..’tidak semestinya tempat suci di datangi oleh mereka yang berhati suci’. Semasa di tanah suci pun selalu diingatkan untuk menyandang handbag di dalam telekong semasa solat. Semoga mangsa dipermudahkan dalam urusan membuat kembali dokumen penting yang hilang.
Untuk ‘si pencuri’…ada pepatah melayu..sepandai2 tupai melompat…suatu hari pasti jatuh ke tanah juga.
Speak Your Mind