Training on Ecotourism and CBT: 2 -4 May 2023

Dengan matlamat untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang berkualiti dalam sektor pelancongan dengan mempunyai asas modal insan pelancongan yang tepat demi memenuhi permintaan pasaran semasa dan masa hadapan serta menambahnilai destinasi pelancongan, 4 objektif digariskan iaitu:

  1. Membina kesedaran di kalangan pihak berkepentingan pelancongan tentang potensi manafaat yang mereka bakal perolehi dengan ekopelancongan dan pelancongan berasaskan komuniti.
  2. Meningkatkan kapasiti di kalangan pihak berkepentingan pelancongan dalam penjenamaan dan perletakan semula sesuatu destinasi CBT sebagai destinasi pelancongan hasil tinggi.
  3. Meningkatkan peluang pemasaran dan ekonomi bagi pihak berkepentingan pelancongan.
  4. Mengabungkan kemahiran dan pengetahuan baru ke dalam strategi dan operasi perniagaan pihak berkepentingan pelancongan.