Semasa berpeluang membuat khidmat komuniti di kg aman damai Hutan Royal Belum, saya lihat ramai pelancong yg datang ke sini hanya melihat sekitar kampung tanpa ada apa apa aktiviti lain. CBT atau community based tourism amat berpotensi di laksanakan di sini, supaya pelancong dapat menyumbang kepada penjanaan ekonomi penduduk orang asli di sini melalui aktiviti pelancongan. Aktiviti yang boleh di jalankan adalah seperti kraftangan, menyumpit, gerai ubat ubatan tradisi, demo carahidup setempat dan lain-lain. Sekurang kurangnya, mereka ini mendapat munafaat daripada kunjungan kita ke kampung mereka.
Community Based Tourism Kg Aman Damai Royal Belum
Posted on November 13, 2015 ·