Adakah CBT boleh dilaksanakan melalui atau bersama konsep Private Public Partnership?.
Sudah tentu boleh. Antara contoh yang boleh diketengahkan ialah CBT di Miso Walai Homestay Kg Batu Puteh Kinabatangan. Agensi yang berkerjasama dengan mereka ialah Jabatan Perhutanan Sabah, untuk projek penanaman semula hutan (forest restoration program). Funding daripada Jabatan Perhutanan Sabah, penduduk menanam anak benih pokok spesies tertentu di tapak semaian dan pelancong menjadikan aktiviti menanam pokok di hutan sebagai salah satu aktiviti dalam pakej pelancongan yang disertai.