Pengurusan sungai menggunakan konsep PPP di Johor Bahru.
PROGRAM LA21 DI SUNGAI SEBULONG, KAMPUNG MELAYU MAJIDEE, JOHOR BAHRU
Pelaksanaan LA21 di MBJB pada awal 2005 dan salah satu projek yang telah dijalankan di peringkat MBJB iaitu projek ekonomi dan pelancongan di Sungai Sebulong, Kampung Melayu Majidee Johor Bahru. Bahagian yang terlibat ialah Bahagian Saliran & Pengurusan Sungai.
Program cintai sungai telah dilaksanakan di Sg. Sebulong yang melibatkan penyertaan PBT, pihak swasta dan juga masyarakat. Pihak swasta yang terlibat sepenuhnya adalah terdiri daripada EM Technical Group (M) Sdn. Bhd. dan SWM Environment Sdn. Bhd.