Definisi Sungai
Kanun Tanah Negara (1965)
“Mana-mana sungai, anak sungai, caruk atau lain-lain aliran air semulajadi, dan apa-apa cawangan sungai, alur/delta atau lencongan buatan darinya”
Lembangan Sungai
Kawasan dari mana semua air larian permukaan mengalir melalui jaringan anak-anak sungai, sungai-sungai utama dan kemungkinan tasik dan berakhir ke laut melalui satu kuala, muara atau delta.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD)
“Suatu kawasan sempit dan kawasan berpaya bersebelahan (berhampiran) dengan garis pesisiran pantai-iaitu garis sempadan pertemuan darat dan laut dan suatu kawasan yang menganjur ke pedalaman sejauh kira-kira 1 km dari garisan pasang surut dan juga menganjur ke laut sehingga ke pinggir luar sempadan negeri”
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
”Satu kawasan pesisiran yang meliputi kawasan bersempadan 5 kilometer ke sebelah darat (back shore) dan 16.1 kilometer nautika ke sebelah laut dari paras purata air pasang perbani (shore front). Kawasan di sebelah datar termasuk sungai dan rezab air hingga ke kawasan yang dipengaruhi oleh air masin