Kebun dan Dia

Kebun dan dia yang tidak dapat dipisahkan. Ini coretan untuk emak. Kecintaannya pada kebun dan pokok2 telah dipupuk dari zaman mudanya. Cakap sajalah jenis pokok apa, kalau dia yang menanamnya, pasti tumbuh subur menghijau dan berbuah lebat. Tu kata orang ‘tangan sejuk’. Kalau rasa-rasa nak dia lama dirumah, sediakan je tanah hangus, benih pokok, cangkul dan gunting daun. Ligat le dia pagi petang di taman sebelah rumah ni. 😉