Simbolik Bunga Telur

btelur

Musim cuti sekolah, juga musim kenduri kahwin. Biasanya tempoh cuti sekolah yang panjang memudahkan kaum keluarga untuk menghadiri kenduri kahwin di sana sini. Sembang2 dengan orang tua tua di satu majlis yang dihadiri, langsung mereka menyingkap perihal bunga telur. ‘Orang sekarang ni nak mudah, dah tak mau rebus telur dah…senang bagi tetamu ”sumi” je.’. Sambung sorang lagi..’sepatutnya org tua kena bagitau..kenapa org dulu bagi bunga telur…tu supaya yang kawin tu cepat dapat anak’. Senyap je saya memasang telinga…sambil berfikir tentang logik nye. Mak cik sebelah pulak menyampuk …’ni hah bagi gula2 dgn air mineral kecik ni…apa tandanya tu?…bila susah dpt anak mula lah menyalahkan masing2′. Hemm…sekadar dengar saja, tak berani komen apa apa. 🙂