Riadah di Pantai Menjadi Pusara Selamanya
Masih berkisar dengan cerita musim cuti sekolah dan cuti cuti Malaysia. Kebelakangan ini, banyak berita tentang kejadian lemas di laut maupun air terjun. Ceritanya sama, biasanya tragedi tersebut tidak disedari, dan disebabkan oleh fenomena alam seperti kehadiran ‘kepala air’ sepantas kilat, juga tempat mandi manda di pantai berkeadaan tenang sehinggalah hadirnya ombak yang menarik mangsa jauh ke tengah laut. Pernah berlaku dikalangan sahabat lama, suami dan anak2 nya lemas di pagi aidil adha ketika bercuti di Desaru. Sesungguhnya kehilangan sekelip mata amat memedihkan.