Seperti kebiasaan, setiap minggu akan ke pasaraya di kampung untuk membeli barang keperluan emak. Kali ini, kami ke sebuah pasaraya berhampiran rumah memandangkan emak dan kakak datang ke rumah sempena cuti panjang maulidurrassul dan hari natal. Ada satu rak ‘clearance 50%‘ di satu sudut bahagian menjual sayuran…emak bertanya, ada ke orang yang nak beli sayur dan buah yang dah nak layu tu?’. Sudah tentu ada sebab bukan semua yang diletakkan di situ telah rosak. Ada yang sedikit rosak teksturnya disebabkan oleh pembeli2 dan ada yang ditinggalkan oleh pembeli yang tidak jadi membeli. Pada saya, sudut ini adalah sudut penjimatan, juga sebagai pilihan untuk mereka yang kurang berkemampuan tetapi masih perlu membeli. Tinggal di bandar…dengan kos hidup yang tinggi, kadangkala perlukan penjimatan.