Selamat Tahun Baru 2016

Agak terlambat mengucapkan ‘Happy New Year’, kerana berada di luar negara ketika itu. Sudah tentu suasana sambutan banyak berbeza dengan negara sendiri. Apa-apa pun, saya hanya duduk di bilik hotel kerana keletihan meredah kota Bangkok sepanjang 2 hari sebelumnya.

Setiap tahun baru berganti dan menjelang, soalan paling popular adalah ‘apa azam tahun ini?’. Bagi saya, tiada azam yang spesifik kerana saya sentiasa berazam untuk maju dalam apa jua yang dilakukan setiap masa, hari, bulan dan tahun. I just follow the flow dan takdir yang ditentukan oleh Illahi, kerana DIA adalah perencana terbaik. 🙂