Cuaca Panas Tapi Hujan Ais Yang Turun
Beberapa hari lepas hujan air batu berlaku di TTDI dan Sungai Buloh. Macam pelik kan, sebab dalam keadaan cuaca yang sangat panas ni, dan negara kita yang bukan dalam kategori negara empat musim, maka amat jangal ianya berlaku. Saya bukan ahli kaji cuaca untuk mengulasnya secara mendalam. Namun sebagai pengamal kajian alam sekitar…fenomena ini amat cocok dikaitkan dengan isu sejagat iaitu pemanasan global dan perubahan iklim dunia. Apa lagi agaknya yang bakal kita hadapi di masa akan datang selain daripada bencana alam yang memang telah kerap berlaku.
Speak Your Mind