PENGALAMAN 

Semua orang ada pengalaman terhadap sesuatu perkara. Pengalaman pahit, manis, suka, duka atau apa jua. Agak sukar sebenarnya untuk memberi definisi yang tepat tentang perkataan ‘pengalaman’ kerana ia didefinisikan dengan pelbagai definisi, mengikut persepsi masing-masing.  Hari ini, di dalam bengkel Pengalaman Program Homestay di Malaysia yang dilaksanakan sebagai platform untuk membentangkan dapatan kajian dan cadangan oleh pengkaji UTM, salah seorang peserta menanyakan tentang definisi ‘pengalaman’. Satu pertanyaan yang bagus kerana itulah sebenarnya yang awam patut tahu bahawa program Homestay di bawah Kementerian Pelancongan sebenarnya mempromosikan ‘pengalaman’ dan homestay bukan hanya sekadar menyediakan tempat tinggal untuk pelancong. 

Speak Your Mind

*