Seminar Sehari Pengambilan Tanah 2017

Semalam 13 April 2017, berpeluang mencuri masa untuk hadir di seminat pengambilan tanah anjuran INSTUN. Seminar ini berkisar tentang Akta Pengambilan Tanah 1960 pindaan 2016 (A1517). Ianya betujuan memberi makluman awal terhadap pindaan yang dilakukan, melibatkan 40 seksyen (termasuk pengwujudan 1 seksyen baru). Empat kertas kerja telah dibentangkan iaitu:

1. Overview Akta Pengambikan Tanah 1960 dan pindaan 2016

2. Permohonan dan Pewartaan di Bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 -pindaan

3.Notis Siasatan dan Perintah di bawah akta pengambilan tanah 1960

4. Bayaran pampasan, rujukan mahkamah dan permohonan milik di bawah akta pengambilan tanah 1960-pindaan.

Skop pindaan adalah melibatkan pembangunan bawah tanah(stratum), bangunan strata, pendudukan dan penggunaan sementara tanah.

Secara keseluruhannya, banyak info baru yang diperolehi dari para pembentang kertas kerja yang sangat berpengalaman. 🙂