Hari ini dah 7 Ramadan. Sudah terhidu jiran membakar biskut raya. Semasa arwah abah masih ada, arwah selalu minta kami buat kuih raya. Satu jenis pun cukup lah kata dia. Sebab dia mahu ada suasana persiapan menyabut hari raya. Teringat suasana bila dia juga sibuk tolong membakar kuih…paling tidak pun dia akan kumpul kuih terlebih bakar (hangus) untuk dirasa masa berbuka. Penat seharian bekerja dan berpuasa, kadangkala membuatkan kami malas nak buat kuih sendiri. Tapi bila abah minta, kami ikut kan juga. Sekarang ni, dengan gaya hidup kita yang padat dengan rutin harian, lambakan ‘kuih tunjuk’ yang terdapat dipasaran menjadi ‘penyelamat’. Namun, kami kehilangan ‘rasa’…bukan rasa kuih tersebut yang tidak sedap..tetapi ‘rasa’ akrabnya kekeluargaan yang kami rasa ketika menyedia dan membakar kuih..rasa bahagia bakal menyambut kemenangan berpuasa sebulan Ramadan..dan rasa kasih sayang yang dikongsi bersama ibu bapa yang hanya berpeluang kita jumpa sekali sekala. It really a wonderful moment to spend a quality time with them. Al fatihah untuk abah.
Speak Your Mind