Minggu ni saya penuhkan wall saya dengan cerita tentang Ramadan ye. Macam-macam cerita boleh dihasilkan yang menyentuh tentang Ramadan. Terlanjur post sebelum ini adalah tentang kuih, so saya teruskan dengan cerita tentang kuih juga. Biasa dengar kan..Kuih Kapit. Kuih ni adalah kuih tradisional yang bukan hanya terkenal dikalangan masyarakat melayu, ia juga salah satu kuih yang boleh ditemui di sambutan perayaan tahun baru cina.
Nama kuih ini pelbagai. Ada yang panggil kuih sepit, kuih sepit belanda, kuih kapit, kuih lipat dan kuih gulung. Emak pernah jadi usahawan jual kuih ni masa saya masih di sekolah rendah. Versi yang emak buat…ia digulung, bukan di lipat empat. Sebab tu kami panggil kuih gulung atau kuih rokok. Bahagian paling sukar (pada saya lah)..bila kena menggulung semasa masih panas, sebab kalau dah sejuk, ia dah tak boleh digulung..akan patah. Terbakar jari dibuatnya. Sekarang ini, kuih kapit ni telah di perbaharui dari segi rasa dan bentuknya. Ada yang meletakkan coklat dan kacang di tengah2 nye. It’s tasted like love letter biscuits. Ada macam-macam perasa..pandan..strawberry dan lain-lain. Bagi saya, tetap suka yang tradisional. 😉
sumber : cintaimaginasi.blogspot.my
http://cintaimaginasi.blogspot.my/2012/07/kuih-kapit-sepit.html
Speak Your Mind