Lebih 7 tahun saya terlibat dengan program Persisir Pentadiran dan Pembangunan Tanah, UTM. Program ini ditawarkan kepada mereka yang berminat untuk menyambung pengajian di peringakat Sarjana Sains (M.Sc) secara kerja kursus separa masa. Semester ini, saya mengendalikan kursus Mghn2634 Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Asli untuk program persisir di UTM Kuala Lumpur. Pelajar pula terdiri daripada kakitangan awam dan swasta dari PTGWPKL, JUPEM, IWK, Architecture Firm dan Town Planning Firm. Jadual kuliah mereka hampir setiap hujung minggu yang disesuaikan dengan 12 jam kredit yang wajib di ambil. Kuliah terakhir saya 2 minggu lepas, pelajar meminta untuk kelas di adakan diluar kampus. ”boleh ke Dr.?..kita buat field work di mana-mana tempat diluar. Kami dah lama tak ada masa hujung minggu dengan anak anak”. Respond saya ”.sudah tentu boleh..sebab dalam penilaian kursus ada 1 project work yang you all kena hasilkan. So, pilihlah mana-mana tempat yang boleh disesuaikan dgn projek tersebut..”. Di sini saya sedar, demi sekeping sijil, mereka korbankan masa bersama keluarga dihujung minggu. Ada diantara mereka yang datang dari jauh,Pulau Pinang…dan ada yang ditukarkan ke tempat kerja baru di Kuantan Pahang. Namun, mereka tetap datang ke kelas tanpa gagal. Sebagai pensyarah, banyak faktor yang perlu kita pertimbangkan dalam melaksanakan kaedah pembelajaran..lebih2 lagi apabila berdepan dengan pelajar mature dan mempunyai jawatan tinggi di organisasi mereka. Kesibukan kerja…membahagi masa dengan keluarga….mengejar waktu menghadiri kuliah…sememangnya suatu yang sangat mencabar. Tahniah kerana kalian mampu mengharunginya. Selamat mengulangkaji dan menduduki peperiksaan. :-)
Program Persisir : Pengorbanan Disebalik Sekeping Sijil
Posted on June 3, 2017 · Leave a Comment
Speak Your Mind