19 Mei 2017, suatu perjalanan yang tidak dirancang. Bersama penyelaras pasca siswazah program LAD Dr Salfarina, kami ke SUK Selangor untuk bertanya khabar progres pengajian seorang pelajar PhD yg juga Timbalan Pengarah Tanah di situ. Sudah terlanjur berada di bangunan tersebut, saya saja-saja wassup Datuk Mohd Haniff bin Hassan (Timbalan Pegawai Kewangan Selangor) utk bertanya khabar. Kebetulan beliau ada sedikit masa terluang dan kami dijemput datang ke pejabatnya. Datuk Haniff sebenarnya Alumni UTM yang baru sahaja menamatkan pengajian peringkat Sarjana Sains Pentadbiran dan Pembangunan Tanah secara jarak jauh (Persisir) dan beliau menyatakan minat untuk meneruskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah. Peluang yang ada kami gunakan untuk meminta kerjasama beliau memperpanjangkan tentang peluang pengajian di peringkat pasca siswazah yang ada di tawarkan di UTM. Harap2 dapat berjumpa lagi di semester akan datang. 😉