Monthly Engagement With UTM Vice Chancellor

Perhimpunan Bulanan bersama Naib Canselor UTM

Antara intipatinya menyentuh tentang statistik berkaitan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian.  1,029 P&P secara atas talian telah dilaksanakan sepanjang tempoh PKP dan hampir 400 kursus mencatatkan rekod kehadiran pelajar 100%.

Pelajar pula memberikan maklumbalas yang baik dengan kira-kira 57% mengatakan ‘its a better learning interaction’, 32% berpendapat ianya ‘flexible in time and place’, 10.6% mengatakan ‘enjoyable, interesting and fun’ dan kurang daripada 1% sahaja yang merasa sukar menerimanya.

Saya juga bukan terlalu mahir dengan segala medium seperti zoom, google meet, Webex, big blue button dan lain-lain yang tiba-tiba menjadi satu fenomena dalam pembelajaran secara atas talian ketika PKP. Tetapi,  hasrat dan tanggungjawab memastikan supaya pembelajaran tetap berlaku walaupun secara tidak bersemuka telah melangkaui  keupayaan sedia ada diri. Cabaran itu diterima secara positif dan lama ke lamaan ia dapat akhirnya dibudayakan sebagai  suatu kelaziman. Bertepatan sungguh istilah normal baru yang banyak diunckap dan diperkatakan.

Tanhiah UTM.

UTM Open Day