My Online Class Today SBET1093

    

Work From Home and Online Teaching & Learning

Meneruskan kuliah secara atas talian bersama pelajar tahun 1 Program  Pembangunan dan Pentadbiran Tanah FABU. Walaupun medium yang digunakan adalah secara ‘asynchronous’ dan menggunakan What Apps,  Kehadiran pelajar masih sekitar 93%.

Bagaimana kaedah untuk mengetahui pelajar sebenarnya ‘berinteraksi’ dengan apa yang disampaikan?.   Saya cuba beberapa kaedah sendiri. Antaranya ialah dalam rakaman suara yang dibuat, saya masukkan soalan-soalan minta di jawab. Paling tidak pun saya minta pelajar cari istilah/termen0logi yang saya hanya tuliskan di slide tetapi tiada penerangan terperinci.

Ada juga kuliah yang saya masukkan soalan-soalan tersebut di dalam rakaman “slide presentation” yang diupload di dalam e-learning. Jadi, mereka perlu juga membuka laman e-learning untuk mendapatkannya.

Hasilnya adakah menepati kehendak?.  Pada mulanya agak perlahan dan ada pelajar yang panik disebabkan masalah capaian internet  (menyebabkan mereka memberi respon lambat). Tetapi selepas hampir 6 minggu mengamalkannya, pelajar sudah boleh mengikut rentak saya dan sentiasa ‘alert’ sebab tidak mahu terlepas peluang mendapat markah bonus.  😉

Masih dalam tahap ‘belajar untuk mengajar’, In Saa Allah kita cuba buat yang terbaik untuk Semua.

 

 

Speak Your Mind

*