Selamat Hari Ibu

SELAMAT HARI IBU

Sebagaimana mahu diri menerima PKP, saya laluinya dengan minda positif.

Selain dapat berpuasa bersama bonda di sisi, ia juga membawa rahmat untuk saya menyambut Hari Ibu bersama bonda. Terima kasih bonda. Saya yang sekarang adalah acuan yang bonda bentuk sewaktu saya kecil. Semoga bonda terus sihat dan mendoakan anak-anak bonda menjadi insan yang berbakti kepada masyarakat.