SELAMAT HARI GURU

16 Mei saban tahun adakah Hari Guru. Dan sebagai seorang pendidik, saya juga menerima ucapan ‘Selamat Hari Guru’ dari pelajar2 yang telah, pernah dan sedang mengikuti kuliah yang saya kendalikan. Pandemik Covid mengesani sambutan tahun ini sebab biasanya sekolah rendah dan menengah paling meriah menyambutnya. Mungkin kerana ‘GURU’ adalah di situ, sedangkan di IPT kami dipanggil ‘PENSYARAH’.

Apapun pada saya ia sekadar istilah khas yang digunakan mewakili ‘PENDIDIK’ yang skopnya lebih Luas dan bukan hanya terikat diinstitusi pendidikan.

Terima kasih untuk yang memberikan ucapan melalu FB, IG, whatApps, call dan sms. Selamat Hari Guru untuk semua pendidik yang telah meminjamkan ilmu mereka kepada saya.

 

Speak Your Mind

*