Last Exam

Minggu peperiksaan akhir di UTM sedang berlangsung dan untuk pelajar Persisir di Kampus UTMKL, ini adalah peperiksaan akhir yang mereka duduki. Tinggal berbaki satu semester untuk mereka melengkapkan penyediaan thesis dan selepas itu sudah boleh bergraduasi. Tahniah semua. 🙂

 

SUK Selangor : Promosi Program Pasca Siswazah Pentadbiran dan pembangunan Tanah

19 Mei 2017, suatu perjalanan yang tidak dirancang. Bersama penyelaras pasca siswazah program LAD Dr Salfarina, kami ke SUK Selangor untuk bertanya khabar progres pengajian seorang pelajar PhD yg juga Timbalan Pengarah Tanah di situ.  Sudah terlanjur berada di bangunan tersebut, saya saja-saja wassup Datuk Mohd Haniff bin Hassan (Timbalan Pegawai Kewangan Selangor) utk bertanya khabar. Kebetulan beliau ada sedikit masa terluang dan kami dijemput datang ke pejabatnya. Datuk Haniff sebenarnya Alumni UTM yang baru sahaja menamatkan pengajian peringkat Sarjana Sains Pentadbiran dan Pembangunan Tanah secara jarak jauh (Persisir) dan beliau menyatakan minat untuk meneruskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah. Peluang yang ada kami gunakan untuk meminta kerjasama beliau memperpanjangkan tentang peluang pengajian di peringkat pasca siswazah yang ada di tawarkan di UTM. Harap2 dapat berjumpa lagi di semester akan datang.   😉

 

Memenuhi Undangan Taklimat Pemasaran Program Pasca Siswazah LAD di PTGWPKL

Pada 22 April lepas, sama-sama membantu Dr Salfa Rina memenuhi undangan PTG Kuala Lumpur, memperhalusi penerangan berkaitan program pasca siswazah yang ditawarkan di UTM. Terima kasih Tuan Pengarah yang berinitiatif menyediakan ruang dan menjemput rakan2 beliau dari jabatan yang lain untuk turut serta dalam taklimat ini. Orang Perak pun turut datang…tqvm. In Saa Allah, kita jumpa nanti dalam program PhD di FGHT ye. Tuan Pengarah dah bagi positive feedback tu… 🙂 Timbalan Datuk Bandar Shah Alam pun antara yang hadir dan berminat.

Program Persisir : Pengorbanan Disebalik Sekeping Sijil

Lebih 7 tahun saya terlibat dengan program Persisir Pentadiran dan Pembangunan Tanah, UTM. Program ini ditawarkan kepada mereka yang berminat untuk menyambung pengajian di peringakat Sarjana Sains (M.Sc) secara kerja kursus separa masa. Semester ini, saya mengendalikan kursus Mghn2634 Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Asli untuk program persisir di UTM Kuala Lumpur. Pelajar pula terdiri daripada kakitangan awam dan swasta dari PTGWPKL, JUPEM, IWK, Architecture Firm dan Town Planning Firm. Jadual kuliah mereka hampir setiap hujung minggu yang disesuaikan dengan 12 jam kredit yang wajib di ambil. Kuliah terakhir saya 2 minggu lepas, pelajar meminta untuk kelas di adakan diluar kampus. ”boleh ke Dr.?..kita buat field work di mana-mana tempat diluar. Kami dah lama tak ada masa hujung minggu dengan anak anak”. Respond saya ”.sudah tentu boleh..sebab dalam penilaian kursus ada 1 project work yang you all kena hasilkan. So, pilihlah mana-mana tempat yang boleh disesuaikan dgn projek tersebut..”. Di sini saya sedar, demi sekeping sijil, mereka korbankan masa bersama keluarga dihujung minggu. Ada diantara mereka yang datang dari jauh,Pulau Pinang…dan ada yang ditukarkan ke tempat kerja baru di Kuantan Pahang. Namun, mereka tetap datang ke kelas tanpa gagal. Sebagai pensyarah, banyak faktor yang perlu kita pertimbangkan dalam melaksanakan kaedah pembelajaran..lebih2 lagi apabila berdepan dengan pelajar mature dan mempunyai jawatan tinggi di organisasi mereka. Kesibukan kerja…membahagi masa dengan keluarga….mengejar waktu menghadiri kuliah…sememangnya suatu yang sangat mencabar. Tahniah kerana kalian mampu mengharunginya. Selamat mengulangkaji dan  menduduki peperiksaan. :-)​