Setiap tahun saya akan mencari masa untuk melancong dan merehatkan diri. Tahun ini nampaknya percutian saya bermula awal. Penghujung Februari, saya bawa bonda ke Brunei Darussalam untuk memenuhi hasratnya melawat masjid2 di sana. Percutian 4 hari 3 malam kami padat dengan mengunjungi masjid di sekitar Bandar Seri Bangawan. Alhamdulillah, 7 buah masjid telah kami jejaki dan bonda sempat bersembahyang di dalam nya.
1. Masjid Al Amirah Al Hajah Mariam Jerudong
2. Masjid Ash Shaliheen Berakas.
Sangat suka dengan masjid ini. Ia kaya degan keindahan seni bina luaran dan dalaman berciri timur tengah, juga keharuman bau kasturi di dalamnya sungguh menenangkan.
3. Masjid Omar Ali Saifudien
Dikenali sebagai ‘Golden Mosque’. Sangat indah.
4. Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah
5. Masjid Kampung Air
6. Masjid Pengiran Anak Damek