Homestay di Skim Petempatan FELDA

Petempatan FELDA juga berpotensi dibangunkan dengan produk homestay. Contoh FELDA yang mempunyai produk homestay ialah Felda Mata Air di Padang Besar Perlis. Bilangan rumah yang menawarkan produk homestay ialah sebanyak 22 buah rumah dan Rancangan FELDA ini pernah dipilih sebagai juara Anugerah Kecerian Kampung Felda (AKKF) pada tahun 2014.

Homestay vs Kampungstay

Kebelakangan ini, banyak kemudahan penginapan di panggil sebagai ‘homestay’. Adakah istilah ‘homestay’ tepat untuk digunakan di unit rumah sewaan secara harian?. Atau ianya hanya boleh digunakan di program-program homestay asal (pelancong tinggal bersama keluarga penduduk kampung, di dalam satu unit rumah).

Kini, wujud pula satu lagi program dinamakan “kampungstay’. Konsepnya seakan-akan homestay tetapi di kampungstay, pelancong berpeluang tinggal di unit rumah/ chalet secara sendirian.

kgstay desa murni Contoh Kampungstay Desa Murni yang selesa dan sesuai untuk aktiviti berkumpulan/ keluarga

Academic Visit to JPBD Melaka

Screenshots_20150417_091140

CBT and Rural Development

Di negara luar, CBT dijadikan sebagai salah satu mekanisme pembangunan luar bandar.

 

CBT and Homestay Program

CBT sebenarnya sangat sinonam dengan produk homestay. Definisi CBT contohnya menggambarkan ia adalah perusahaan pelancongan yang dijalankan secara skala kecil oleh komuniti setempat dan memberikan pulangan ekonomi kepada komuniti tersebut. Homestay dikenali sebagai kemudahan penginapan pelancongan di kawasan luar bandar yang diusahakan oleh penduduk di mana pelancong tinggal dan melakukan aktiviti harian mengikut carahidup dan budaya penduduk setempat.

CBT and Heritage Tourism

Bagaimana komuniti setempat boleh turut serta di dalam pembangunan dan pelancongan berasaskan sejarah?.

Ini sebenarnya antara tajuk yang dibincangkan di dalam forum PIDD di Ipoh baru baru ini. Kajian kes tertumpu di  Tanjung Tualang Perak dan produk sejarah yang akan dipulihara ialah tinggalan kapal korek bijih timah T5. Persoalannya ialah, apakah model yang paling sesuai digunakan untuk penduduk setempat turut serta di dalam projek ini. Bagaimanakah bentuk penglibatan mereka?.

IMG_20150709_124958-1

CBT and PPP

Adakah CBT boleh dilaksanakan melalui atau bersama konsep Private Public Partnership?.

Sudah tentu boleh. Antara contoh yang boleh diketengahkan ialah CBT di Miso Walai Homestay Kg Batu Puteh Kinabatangan. Agensi yang berkerjasama dengan mereka ialah Jabatan Perhutanan Sabah, untuk projek penanaman semula hutan (forest restoration program). Funding daripada Jabatan Perhutanan Sabah, penduduk menanam anak benih pokok spesies tertentu di tapak semaian dan pelancong menjadikan aktiviti menanam pokok di hutan sebagai salah satu aktiviti dalam pakej pelancongan yang disertai. Screenshots_20151114_022209

Houseboat

Screenshots_20151113_050937Screenshots_20151113_051020

Houseboat sebagai kemudahan penginapan bagi pelancong, semakin mendapat tempat di Royal Belum State Park. Dari sudut pelancongan, ia adalah positif kerana houseboat ini menyediakan kemudahan penginapan memandangkan tidak banyak penginapan pelancongan seperti homestay atau hotel yang berhampiran. Dari sudut pengurusan alam sekitar pula bagaimana ye?. Perlu kajian yang mendalam berkaitannya.

Community Based Tourism Kg Aman Damai Royal Belum

IMG_20151024_160358-1IMG_20151024_160223

Semasa berpeluang membuat khidmat komuniti di kg aman damai Hutan Royal Belum, saya lihat ramai pelancong yg datang ke sini hanya melihat sekitar kampung tanpa ada apa apa aktiviti lain. CBT atau community based tourism amat berpotensi di laksanakan di sini, supaya pelancong dapat menyumbang kepada penjanaan ekonomi penduduk orang asli di sini melalui aktiviti pelancongan. Aktiviti yang boleh di jalankan adalah seperti kraftangan, menyumpit, gerai ubat ubatan tradisi, demo carahidup setempat dan lain-lain. Sekurang kurangnya, mereka ini mendapat munafaat daripada kunjungan kita ke kampung mereka.

Forest Spine Project by JPBD

IMG_20151025_135004IMG_20151025_135929-1

Pemeliharaan laluan semulajadi hidupan liar, merupakan salah satu agenda di dalam Forest Spine Project oleh JPBD. Kesan tinggalan bahan buangan gajah yang ditemui, menunjukkan memang laluan ini digunakan oleh mereka untuk ke hutan di seberang jalan Gerik – Tanah Merah.