Satu Perkara Di Pelajari Hari Ini : Mengucapkan Terima Kasih Dalam Apapun Situasi

Waktu  hendak meninggalkan meja makan tengahari semalam, my friend bangun dan pergi ke meja dibelakang kami. Rasanya tak kenalpun siapa yang disapa, cuma dia ada sekilas menyebut..’itu doktor2 dari HSA,..makan kat sini juga’. Anak2 buah yang lain mengusik..’kat meja ni pun ada 3 orang doktor..dan masing2 gelak’. Mencuri dengar waktu rakan tersebut menyapa doktor2 HSA tu, .”……..yang rawat my late wife…..bla bla bla….”. Saya rasa rakan tadi mengucapkan terima kasih kepada doktor2 tersebut…dan perbualan seterusnya tidak sempat didengari lebih lanjut. Moral of this story is….walau setinggi mana pun kedudukan dan di mana jua…jangan lokek menyatakan appresiasi…berterima kasih kepada mereka yang pernah membantu waktu kita susah.

Farewell Lunch for Eriko

at Malay Village Jalan Kolam Air Johor Bahru.

Hampir 3 bulan Eriko, pelajar intern dari Akita International University Jepun berada ni Malaysia untuk kajiannya. Sempena tamatnya kunjungannya ke Malaysia, kumpulan TPRG mengadakan majlis perpisahan untuk beliau. Something menarik tentang Eriko, sehingga majlis makan tengahari ini, dia masih tampil lengkap bertudung, ayu sungguh.

Bila ditanya, apakah makanan kegemarannya…’keropok lekur, otak-otak dan nasi goreng ikan masin’. Kiranya Jepun ni dah boleh makan budu dan belacan juga. 🙂

Kelangsungan Hidup Dalam Cabaran Ekonomi Semasa

Kelangsungan Hidup Dalam Cabaran Ekonomi Negara Yang Tidak Menentu
Ramai yang mempersoalkan saranan melakukan dua kerja oleh Datuk Mat. Pada saya ia ada pro dan contra nya, terutama bila di lihat dari pelbgai sudut.

Kelangsungan Hidup Di Kota Yang Penuh Cabaran

 

Seperti kebiasaan, setiap minggu akan ke pasaraya di kampung untuk membeli barang keperluan emak. Kali ini, kami ke sebuah pasaraya berhampiran rumah memandangkan emak dan kakak datang ke rumah sempena cuti panjang maulidurrassul dan hari natal. Ada satu rak ‘clearance 50%‘ di satu sudut bahagian menjual sayuran…emak bertanya, ada ke orang yang nak beli sayur dan buah yang dah nak layu tu?’. Sudah tentu ada sebab bukan semua yang diletakkan di situ telah rosak. Ada yang sedikit rosak teksturnya disebabkan oleh pembeli2 dan ada yang ditinggalkan oleh pembeli yang tidak jadi membeli. Pada saya, sudut ini adalah sudut penjimatan, juga sebagai pilihan untuk mereka yang kurang berkemampuan tetapi masih perlu membeli. Tinggal di bandar…dengan kos hidup yang tinggi, kadangkala perlukan penjimatan.

Laut itu Pusara Selamanya

Riadah di Pantai Menjadi Pusara Selamanya

Masih berkisar dengan cerita musim cuti sekolah dan cuti cuti Malaysia. Kebelakangan ini, banyak berita tentang kejadian lemas di laut maupun air terjun. Ceritanya sama, biasanya tragedi tersebut tidak disedari, dan disebabkan oleh fenomena alam seperti kehadiran ‘kepala air’ sepantas kilat, juga tempat mandi manda di pantai berkeadaan tenang sehinggalah hadirnya ombak yang menarik mangsa jauh ke tengah laut. Pernah berlaku dikalangan sahabat lama, suami dan anak2 nya lemas di pagi aidil adha ketika bercuti di Desaru. Sesungguhnya kehilangan sekelip mata amat memedihkan.

Musim Cuti, Kesesakan Trafik dan Kemalangan

Musim Cuti, Traffic Jam dan Kemalangan

Semalam seorang kawan yang tinggal di Melaka meluahkan rasa kurang senang kerana tersangkut dalam kesesakan lalulintas untuk masuk ke kawasan Bandar Melaka. Katanya dalam musim cuti, Melaka dikunjungi oleh lebih 2 juta pelancong, sedangkan penduduk nya cuma sekitar 800 ribu orang. Respond dari kawan2 yang mempunyai latarbelakang sebagai perancang bandar ialah..perlu kepada kajian semula terhadap perancangan lalulintas. Saya banyak bergiat dengan bidang pelancongan, dan saya setuju dengan mereka. Kadangkala kita merancang tarikan2 baru pelancongan dan ianya kurang diselarikan dengan penyediaan dan keupayaan infra sedia ada.

Potpurri Pengganti Bunga Rampai

Dulu dulu, kenduri kahwin seperti sinonem dengan bunga rampai. Aromanya yang wangi dan segar memeriahkan majlis terutamanya kamar pengantin. Masa berlalu, penyediaan bunga rampai yang agak rumit menyebabkan ia diganti dengan potpourri dari bunga-bungaan kering. Secara peribadi, saya lebih menggemari bau pandan bunga rampai, walaupun ia tidak tahan lama.

potpurri

 

Simbolik Bunga Telur

btelur

Musim cuti sekolah, juga musim kenduri kahwin. Biasanya tempoh cuti sekolah yang panjang memudahkan kaum keluarga untuk menghadiri kenduri kahwin di sana sini. Sembang2 dengan orang tua tua di satu majlis yang dihadiri, langsung mereka menyingkap perihal bunga telur. ‘Orang sekarang ni nak mudah, dah tak mau rebus telur dah…senang bagi tetamu ”sumi” je.’. Sambung sorang lagi..’sepatutnya org tua kena bagitau..kenapa org dulu bagi bunga telur…tu supaya yang kawin tu cepat dapat anak’. Senyap je saya memasang telinga…sambil berfikir tentang logik nye. Mak cik sebelah pulak menyampuk …’ni hah bagi gula2 dgn air mineral kecik ni…apa tandanya tu?…bila susah dpt anak mula lah menyalahkan masing2′. Hemm…sekadar dengar saja, tak berani komen apa apa. 🙂

Kebun dan Dia

Kebun dan dia yang tidak dapat dipisahkan. Ini coretan untuk emak. Kecintaannya pada kebun dan pokok2 telah dipupuk dari zaman mudanya. Cakap sajalah jenis pokok apa, kalau dia yang menanamnya, pasti tumbuh subur menghijau dan berbuah lebat. Tu kata orang ‘tangan sejuk’. Kalau rasa-rasa nak dia lama dirumah, sediakan je tanah hangus, benih pokok, cangkul dan gunting daun. Ligat le dia pagi petang di taman sebelah rumah ni. 😉

 

Cuti mencari waris

Maksud cuti bagi generasi sekarang ialah mengujungi tempat2 pelancongan. Berbeza dengan definisi cuti oleh orang tua tua. Mereka lebih menyukai aktiviti mengunjungi dan dikunjungi oleh sanak saudara.