Project Title: Penghasilan Komponen Konkrit Ringan Pra-Tuang dan Dinding Bata Bio-Bricks untuk Model Rumah Mampu Milik di negeri Johor
Level: National
Type of Grants: Kerajaan Negeri Johor (Johor Innovation Valley-JIVE)
Responsibility: Project Leader
Amount: RM 75000.00
Duration: Jan 2020 – Jan 2021
Executive Summary:
Salah satu daripada tujuh fokus utama “Pelan Suara Hati Johor” adalah keupayaan untuk membina rumah kos rendah mampu milik di Johor. Produk konkrit pra-tuang dan bio-brick terbukti boleh dihasilkan menggunakan sisa produk industri kelapa sawit. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengguna semula sisa buangan industri kelapa sawit seperti batu hangus dan abu untuk menghasilkan komponen kerangka rumah mampu milik berdasarkan sistem bangunan industri (IBS). Batu hangus (POC) akan digunakan sebagai sebahagian penggantian aggregat kasar dalam komponen konkrit ringan untuk pembinaan rumah mampu milik di Johor. Penggunaan POC sebagai aggregat kasar bukan sahaja dapat menghasilkan berat konkrit yang lebih ringan, tetapi juga membantu maslah pelupusan sisa POC ini. Ini amat sesuai dengan sasaran kerajaan Johor bagi membina rumah mampu milik kerana pengurangan berat akan menyebabkan penjimatan kos pembinaan. Penghasilan komponen konkrit pra-tuang boleh menjana peluang pekerjaan dikalangan belia tempatan melalui peluang pekerjaan di kilang penghasilan komponen konkrit. Penggunaan batu hangus POC sebagai sasaran untuk projek rumah mampu milik adalah selari dengan kempen pelestarian oleh kerajaan Johor disebabkan oleh kitaran semula bahan sisa industri kelapa sawit. Penghasilan komponen konkrit ringan akan membawa kepada penjimatan kos dalam pembinaan di samping mengekalkan kekuatan yang setara dalam projek perumahan kos rendah. Diantara lain mengenai isu pelupusan batu hangus POC ke tapak pembuangan sampah juga akan diselesaikan dengan penggunaan semula dalam campuran konkrit disamping sebagai pilihan terhadap sumber batu kuari yang semakin berkurangan sekarang. Sehubungan itu, penjimatan ini ditambah lagi dengan penggunaan dinding bata bio-bricks (tanpa penggunaan simen 100%). Teknologi ini juga disasarkan kepada usahawan bumiputera dan belia dalam industri bio-bricks,dengan sasaran lebih banyak rumah mampu milik Johor (RMMJ) yang dapat dibina dengan mempraktikkan pembangunan berkonsepkan eko. Ini dilihat selari dengan usaha kerajan negeri Johor yang sedang berusaha menyelesaikan masalah penempatan setinggan bagi mencapai matlamat setinggan sifar.

Recent Comments