Sesi Webex belajar merakam video di eLearning & interaktif H5P

webex nihra

Pagi ini belajar bagaimana merakam video di elearning UTM oleh PM Dr Nihra dan Dr Azizul. Semoga ilmu memberi manafaat bagi tujuan persediaan dan penyediaan bahan PdP online. Seperti mantan PM kita berkata “Kaedah pengajaran secara rakaman video oleh guru terpilih akan diperkenalkan di sekolah tidak lama lagi bagi memudah dan mempertingkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebenarnya banyak kelebihan menggunakan rakam video dalam proses pembelajaran, antaranya:

Maklumat lebih realistik

  • Video mampu mempersembahkan sesuatu kandungan dalam keadaan yang realistik atau menyerupai keadaan yang sebenar. Ini membolehkan seseorang pelajar dapat merasakan seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan.

Mampu meransang pelbagai deria

  • Video merupakan satu media dinamik hasil jalinan pelbagai media seperti audio, grafik dan sebagainya. Ini secara tidak lansung mampu meningkatkan lagi keberkesanan proses penyampaian sesuatu mesej kerana media yang bersifat dinamik serta mempunyai jalinan pelbagai media mampu meransang pelbagai deria dengan lebih mudah dan berkesan.

Memudahkan proses pengulangan

  • Video boleh digunakan secara berulang- ulang dengan lebih mudah. Sebagai contoh, penerangan mengenai sesuatu proses kerja di makmal boleh dirakamkan dan dipaparkan kembali kepada pelajar bila-bila masa yang diperlukan. Pelajar juga boleh menonton klip video tersebut bagi membentuk kefahaman yang mendalam apabila diperlukan.

Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

  • Video adalah medium penyampaian ilmu yang mampu menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Penggunaan media ini boleh mempercepatkan kadar pemahaman seseorang pelajar. Pelajar juga boleh belajar sama ada secara individu atau berkumpulan tanpa memerlukan tenaga pengajar di samping mereka sepanjang masa.

Mampu meraih emosi dan merubah sikap

  • Kandungan video adalah lebih hidup dan realistik mampu meraih emosi seseorang dengan lebih mudah berbanding pengunaan imej atau media lain yang statik. Sebagai contoh, dalam proses penyampaian mesej mengenai bahaya peperangan, paparan vedio yang memaparkan keadaan gunung berapi dengan mudahnya mampu member kesan kepada emosi penonton seterusnya mengusik jiwa dan perasaan mereka. Ini secara tidak lansung boleh mengubah sikap seseorang dengan lebih mudah dan pantas.

Menyediakan kuasa kawalan kepada pelajar

  • Kuasa kawalan yang tinggi kepada pelajar,  boleh memainkan video, memberhentikan seketika atau mengulang kembali klip – klip video digital yang disediakan mengikut kepeluan dan tahap kemahiran masing – masing. Ini secara tidak langsung membolehkan sesuatu proses pembelajaran dilakukan mengikut keperluan dan tahap penerimaan pelajar dan bukannya mengikut keperluan tenaga pengajar semata – mata.

Membentuk kemahiran dengan lebih pantas dan berkesan

  • Dalam mempelajari sesuatu kemahiran fizikal seperti kemahiranfizikal, kemahiran mengulang kaji, kemahiran mengendalikan peralatan dan sebagainya, demostrasi atau tunjuk ajar ditunjukkan secara lansung amat diperlukan. Ini bagi membantu proses membina kefahaman dan seterusnya membentuk kemahiran seperti mana yang diperlukan. Video digital boleh digunakan bagi membantu dalam proses menbentuk kemahiran dengan lebih pantas dan berkesan. Pelajar boleh menonton serta mengawal perjalanan video mengikut keperluan dan tahap kefahaman masing – masing.

Menjimatkan masa tenaga dan perbelanjaan

  • Proses penyediaan elemen video digital biasanya memerlukan perkakasan atau perisian khas, kini terdapat banyak perisian percuma seperti Openshot, Shotcut dan ada juga yang berbayar seperti Filmora dan sebagainya. Namun demikian dari segi jangka masa panjang, ianya merupakan satu pelaburan bijak kerana ianya mampu menjimatkan sama ada dari aspek tenaga, masa dan kos perbelanjaan. Masa persediaan masa bantu pengajaran dalam tempoh masa panjang misalnya boleh diringkaskan kepada klip – klip video berkaitan dengan keperluan telah disediakan lebih awal. Proses pengajaran di dalam kelas juga boleh menjadi lebih pantas dan mudah menerusi penggunaan video digital yang ditayangkan. Penerangan yang panjang lebar serta sesi demostrasi yang meleret – leret juga tidak diperlukan lagi. Ini adalah kerana proses penerangan menerusi video yang menggabungkan elemen – elemen seperti imej, muzik dan suara latar mampu memberi penjelasan yang lebih jelas kepada para pelajar.

Kelas Online BigBlueButton

FSSK terutamannya di SP telah menggalakkan semua pensyarah mencuba sekurang-kurangnya 2 kali P&P dijalankan secara atas talian bagi memudahkan pengantian kelas atau terdapat kes-kes kelas terpaksa ditangguhkan seperti Covid-19. Saya telah menjalankan kelas secara atas talian bagi palajar-pelajar Sains Sukan.

Sesi pembelajaran berjalan tanpa sebarang gangguan talian internet, video lancar dan semua pelajar muncul secara maya. Cuma kualiti audio agak kurang memuaskan dimana audio agak berdengung selain terdapat gangguan audio dari persekitaran kolej pelajar. Ini adalah pertama kali menggunakan kemudahan BBB di sistem e-learning UTM, banyak lagi yang perlu saya pelajari mengenai pembelajaran atas talian. Harap saya boleh meningkatkan kemahiran diri untuk menghadapai perkembangan teknologi yang kian pesat ini.

Kebanyakan pelajar merasa seronok dan teruja. Ada yang berkongsi labtop menyertai kelas saya. Cuma beberapa orang pelajar merasa risau jika talian internet perlahan dan mereka tidak dapat join kelas.

Selain kemudahan BBB terdapat alternatif lain boleh digunakan bagi pembelajaran maya antaranya Google Meet, Skype, Zoom dan lain-lain..

Kursus CPCM Siri 4

Kursus CPCM (Siri 4: Politeknik Mersing): Designing Tricks and Tools of Presentation.

Alhamdulillah pada4hb hingga 7hb September yang lalu saya telah dijemput sebagai penceramah bagi Kursus Career Path Copetency Matrix (CPCM) siri 1 di Politeknik Mersing (PMJ). CPCM adalah salah satu kursus wajib bagi kaki tangan politeknik bagi kenaikan pangkat selain kursus PPK.

Antara yang diajar pada kurusu ini adalah Adobe Flash dan tekanologi web 2.o seperti PowToon, Prezi, Emaze, Visme dan lain-lain tekanologi yang berkaitan dengan persembahan.

 Gambar kenangan setelah selesai kursus

 Peserta sedang mencuba rezi

 Pserta sedang menyediakan bahan persembahan

 Penyampaian sijil penyertaan

  Junior di UiTM Lendu

 

Kursus CPCM Siri 3

Kursus CPCM (Siri 3: Politeknik Sabak Bernam): Designing Tricks and Tools of Presentation.

Alhamdulillah pada 21hb hingga 24hb Ogos yang lalu saya telah dijemput sebagai penceramah bagi Kursus Career Path Copetency Matrix (CPCM) siri 1 di Politeknik Sultan Idris Shah. CPCM adalah salah satu kursus wajib bagi kaki tangan politeknik bagi kenaikan pangkat selain kursus PPK.

Kali terakhir ke Sabak Bernam adalah pada tahun 2004 bagi mengajar progam SPACE SPI (Pengajian Islam). Telah banyak perubahan berlaku terutamanya kondisi jalan yang lebih baik berbanding dahulu tetapi masih dalam proses penambaikan.

Antara yang diajar pada kurusu ini adalah Adobe Flash dan tekanologi web 2.o seperti PowToon, Prezi, Emaze, Visme, SlideDog, Padlet dan lain-lain tekanologi yang berkaitan dengan persembahan.

Kursus CPCM Siri 2

Kursus CPCM (Siri 2: Politeknik Port Dickson): Designing Tricks and Tools of Presentation.

Alhamdulillah pada 8hb hingga 11hb Ogos yang lalu saya telah dijemput sebagai penceramah bagi Kursus Career Path Copetency Matrix (CPCM) siri 1 di Politeknik Port Dickson. CPCM adalah salah satu kursus wajib bagi kaki tangan politeknik bagi kenaikan pangkat selain kursus PPK.

Antara yang diajar pada kurusu ini adalah Adobe Flash dan tekanologi web 2.o seperti PowToon, Prezi, Emaze, Visme, SlideDog, Padlet dan lain-lain tekanologi yang berkaitan dengan persembahan.

  Sedang tekun
 Pening untuk memahami konsep Adobe Flash

 Hands on Adobe Flash

 Peserta sedangmembina persembahan menggunakan Adobe Flash

 

Kursus CPCM Siri 1

Kursus CPCM : Designing Tricks and Tools of Presentation.

Alhamdulillah pada 24hb  hingga 27hb  Julai yang lalu saya telah dijemput sebagai penceramah bagi Kursus Career Path Copetency Matrix (CPCM) siri 1 di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’azam Shah, Jitra Kedah. CPCM adalah salah satu kursus wajib bagi kaki tangan politeknik bagi kenaikan pangkat selain kursus PPK.

Antara yang diajar pada kurusu ini adalah Adobe Flash dan tekanologi web 2.o seperti PowToon, Prezi, Emaze, Visme dan lain-lain tekanologi yang berkaitan dengan persembahan.

 Bersama perserta kursus

 Salah seorng peserta yang mampu menguasai Adobe Flash

 Penyampaian sijil penyertaan

 Peserta sedang mendengar taklimat

 Taklimat kursus

International Conference on Applied Counselling and Psychology (ICACP-2017)

ICACP 2017_2ICACP 2017_1

Conference Main Theme and Objective
Conference Theme: Exploring contemporary research in applied counseling and psychology fields to Enrich Psychological Health & Well-being at national and international level

“International Conference on Applied Counselling and Psychology (ICACP-2017)” is an attempt to examine the impact of culture, by applying the findings of research results within and outside the country, study the counseling and psychology process to ensure well-being. It is also in line with the efforts to strengthen the quality of life in order to face challenges and stressful situations in life

http://www.fp.utm.my/ICACP2017/Objectives.asp

Bengkel Penilaian MOOC

Tempat: Bilik Bengkel CTL
Tarikh: 16-17 Januari 2017
Masa:8.30-5.00ptg

Bengkel DS54 Fakulti

Bengkel melengkapkan markah bagi permohonan DS54
18 Januari 2017
8.30-5.00 ptg

Penceramah Bengkel Pembinaan Papan Cerita UTeM-4 Feb 2015

Bengkel selama sehari mengenai bagaimana untuk menghasilkan papan cerita bagi menghasilkan bahan pembelajaran iaitu Learning Object. Peserta adalah terdiri dari pensyarah serta tenaga pengajar UTeM. Bengkel di adakan di Makmal Bahasa 2, Aras 4 Bangunan FKM, Kampus Teknologi UTeM. Perserta akan didedahkan jenis-jenis papan cerita, teknik kamera selain menyentuh tentang reka bentuk arahan.