Deprecated: Function add_custom_background is deprecated since version 3.4.0! Use add_theme_support( 'custom-background', $args ) instead. in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6078
Sesi Webex belajar merakam video di eLearning & interaktif H5P | Dr. Shaharuddin bin Md. Salleh

Deprecated: str_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-content/themes/genesis/lib/functions/image.php on line 116

Sesi Webex belajar merakam video di eLearning & interaktif H5P

webex nihra

Pagi ini belajar bagaimana merakam video di elearning UTM oleh PM Dr Nihra dan Dr Azizul. Semoga ilmu memberi manafaat bagi tujuan persediaan dan penyediaan bahan PdP online. Seperti mantan PM kita berkata “Kaedah pengajaran secara rakaman video oleh guru terpilih akan diperkenalkan di sekolah tidak lama lagi bagi memudah dan mempertingkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebenarnya banyak kelebihan menggunakan rakam video dalam proses pembelajaran, antaranya:

Maklumat lebih realistik

  • Video mampu mempersembahkan sesuatu kandungan dalam keadaan yang realistik atau menyerupai keadaan yang sebenar. Ini membolehkan seseorang pelajar dapat merasakan seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan.

Mampu meransang pelbagai deria

  • Video merupakan satu media dinamik hasil jalinan pelbagai media seperti audio, grafik dan sebagainya. Ini secara tidak lansung mampu meningkatkan lagi keberkesanan proses penyampaian sesuatu mesej kerana media yang bersifat dinamik serta mempunyai jalinan pelbagai media mampu meransang pelbagai deria dengan lebih mudah dan berkesan.

Memudahkan proses pengulangan

  • Video boleh digunakan secara berulang- ulang dengan lebih mudah. Sebagai contoh, penerangan mengenai sesuatu proses kerja di makmal boleh dirakamkan dan dipaparkan kembali kepada pelajar bila-bila masa yang diperlukan. Pelajar juga boleh menonton klip video tersebut bagi membentuk kefahaman yang mendalam apabila diperlukan.

Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

  • Video adalah medium penyampaian ilmu yang mampu menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Penggunaan media ini boleh mempercepatkan kadar pemahaman seseorang pelajar. Pelajar juga boleh belajar sama ada secara individu atau berkumpulan tanpa memerlukan tenaga pengajar di samping mereka sepanjang masa.

Mampu meraih emosi dan merubah sikap

  • Kandungan video adalah lebih hidup dan realistik mampu meraih emosi seseorang dengan lebih mudah berbanding pengunaan imej atau media lain yang statik. Sebagai contoh, dalam proses penyampaian mesej mengenai bahaya peperangan, paparan vedio yang memaparkan keadaan gunung berapi dengan mudahnya mampu member kesan kepada emosi penonton seterusnya mengusik jiwa dan perasaan mereka. Ini secara tidak lansung boleh mengubah sikap seseorang dengan lebih mudah dan pantas.

Menyediakan kuasa kawalan kepada pelajar

  • Kuasa kawalan yang tinggi kepada pelajar,  boleh memainkan video, memberhentikan seketika atau mengulang kembali klip – klip video digital yang disediakan mengikut kepeluan dan tahap kemahiran masing – masing. Ini secara tidak langsung membolehkan sesuatu proses pembelajaran dilakukan mengikut keperluan dan tahap penerimaan pelajar dan bukannya mengikut keperluan tenaga pengajar semata – mata.

Membentuk kemahiran dengan lebih pantas dan berkesan

  • Dalam mempelajari sesuatu kemahiran fizikal seperti kemahiranfizikal, kemahiran mengulang kaji, kemahiran mengendalikan peralatan dan sebagainya, demostrasi atau tunjuk ajar ditunjukkan secara lansung amat diperlukan. Ini bagi membantu proses membina kefahaman dan seterusnya membentuk kemahiran seperti mana yang diperlukan. Video digital boleh digunakan bagi membantu dalam proses menbentuk kemahiran dengan lebih pantas dan berkesan. Pelajar boleh menonton serta mengawal perjalanan video mengikut keperluan dan tahap kefahaman masing – masing.

Menjimatkan masa tenaga dan perbelanjaan

  • Proses penyediaan elemen video digital biasanya memerlukan perkakasan atau perisian khas, kini terdapat banyak perisian percuma seperti Openshot, Shotcut dan ada juga yang berbayar seperti Filmora dan sebagainya. Namun demikian dari segi jangka masa panjang, ianya merupakan satu pelaburan bijak kerana ianya mampu menjimatkan sama ada dari aspek tenaga, masa dan kos perbelanjaan. Masa persediaan masa bantu pengajaran dalam tempoh masa panjang misalnya boleh diringkaskan kepada klip – klip video berkaitan dengan keperluan telah disediakan lebih awal. Proses pengajaran di dalam kelas juga boleh menjadi lebih pantas dan mudah menerusi penggunaan video digital yang ditayangkan. Penerangan yang panjang lebar serta sesi demostrasi yang meleret – leret juga tidak diperlukan lagi. Ini adalah kerana proses penerangan menerusi video yang menggabungkan elemen – elemen seperti imej, muzik dan suara latar mampu memberi penjelasan yang lebih jelas kepada para pelajar.