Kelas Online BigBlueButton

FSSK terutamannya di SP telah menggalakkan semua pensyarah mencuba sekurang-kurangnya 2 kali P&P dijalankan secara atas talian bagi memudahkan pengantian kelas atau terdapat kes-kes kelas terpaksa ditangguhkan seperti Covid-19. Saya telah menjalankan kelas secara atas talian bagi palajar-pelajar Sains Sukan.

Sesi pembelajaran berjalan tanpa sebarang gangguan talian internet, video lancar dan semua pelajar muncul secara maya. Cuma kualiti audio agak kurang memuaskan dimana audio agak berdengung selain terdapat gangguan audio dari persekitaran kolej pelajar. Ini adalah pertama kali menggunakan kemudahan BBB di sistem e-learning UTM, banyak lagi yang perlu saya pelajari mengenai pembelajaran atas talian. Harap saya boleh meningkatkan kemahiran diri untuk menghadapai perkembangan teknologi yang kian pesat ini.

Kebanyakan pelajar merasa seronok dan teruja. Ada yang berkongsi labtop menyertai kelas saya. Cuma beberapa orang pelajar merasa risau jika talian internet perlahan dan mereka tidak dapat join kelas.

Selain kemudahan BBB terdapat alternatif lain boleh digunakan bagi pembelajaran maya antaranya Google Meet, Skype, Zoom dan lain-lain..