Majlis Konvokesyen UTM kali ke-63
Majlis Konvokesyen UTM kali ke-62
Sambutan Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Negeri Johor 2019
Sambutan tahun ini diadakan di Blok N24, Universiti Teknologi Malaysia.
Perasmian akan disempurnakan oleh YB Dr. Sahruddin bin Jamal, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar & Pertanian Negeri Johor.
Jungle & River Trekking PERTISAS 2019
Aktiviti tahun baru. Bawa satu keluarga join trekking di Hutan Rekreasi UTM. Mulanya 2 km jer, bila dah sampai ke persimpangan jalan terus ambil keputusan untuk teruskan perjalanan ke Balai Cerapan.
Boleh tahan juga semputnya haha. Nampak sangat badan dah berat. Kena plan untuk fitness nampaknya nie.
Apapun, aktiviti pembuka semangat tahun baru 2019 yang terbaik. Syabas dan terima kasih kepada penganjur. Moga dapat join lagi untuk aktiviti seterusnya.
Mudahnya bersedekah
Singgah isi minyak di Petron PLUS Skudai. Tak sengaja terpandang seorang budiman melambai-lambai petugas stesen yang kelihatannya tadi telah membersihkan windscreennya.
Dihulurkan gulungan kertas dan berlalu dengan pantas. Terkejut petugas tersebut lalu membuka gulungan dan kelihatan kepingan hijau. Tersenyum riang kelihatannya.
Ya Allah, mudahnya nak bersedekah. Note RM5 mungkin kecil bagi kita tetapi besar bagi mereka.
Moga istiqomah untuk menjemput rezeki dengan menambah sedekah.
macOS Mojave 10.14.2
Belajar ilmu baharu hari ini. Done clean install Mojave 10.14.2 on iMac late 12. Terima kasih OSXDaily atas panduan yang jelas.
http://osxdaily.com/2018/09/26/make-macos-mojave-boot-usb-installer/
Buntu
Kepala aku buntu. Ada batu duduk dalam.
Majlis Anugerah Permata Gemilang 2018
Teruja mendapat jemputan untuk menghadiri Majlis Permata Gemilang 2018 anjuran Pejabat Pendaftar.
Terlibat dengan Sistem Paparan Nama Penerima Anugerah yang bertanding di bawah kategori Anugerah Inovasi (Kumpulan). Walaupun tidak menang, tersenarai sebagai finalis pun sudah cukup mengembirakan.
Moga ada lagi peluang untuk terlibat dengan inovasi baru.
Konvokesyen UTM kali ke-61
Bertugas di sini untuk sekian kalinya. Semoga semuanya dipermudahkan Allah swt dan segala perancangan berjalan dengan lancar. Ameen.