Monthly Archives: September 2017

Green Jade Republic

Assalamu’alaykum,

beberapa hari lepas, saya dan isteri telah pergi ke salah satu kedai (warung) di Taman Universiti, Skudai. Dan kedai ini bernama Green Jade Republic.

sebelum ini, pernah juga pergi, tapi untuk minum petang, dan ketika itu disajikan dengan Air Batu Campur (ABC), yang enak juga.

tapi kali ini, saya pergi pada waktu tengahari, asalnya ingin menjamu makanan apa yang ada di kawasan itu, akan tetapi ternampak kedai ini telah dibuka, dan kelihatan ramai orang sedang makan di situ.

dan saya telah mencuba mee kari, dan ianya dirasakan enak. walaupun sedikit pedas, akan tetapi secara keseluruhannya boleh dikatakan enak.

insyaALLAH sekiranya diberikan peluang, saya akan mencuba pula hidangan yang lain, seperti mee rebus, nasi ayam dan lain2 lagi

sehingga bertemu lagi~

Percubaan implementasi Active Learning

Assalamu’alaykum,

semalam cuba mempraktikkan apa yang dibelajar dalam kursus SPPT selama 3 minggu pada bulan Ogos yang lalu. Percubaan untuk melaksanakan active learning (pembelajaran aktif) dan juga blended learning (pembelajaran campuran).

Kaedah ini menggabungkan teknik pembelajaran, dan tidak hanya bergantung kepada syarahan semata-mata. pelajar dilibatkan bersama dalam pengajaran, di mana pelajar akan sentiasa berbincang solusi bagi setiap persoalan yang timbul. terdapat banyak teknik yang boleh dilakukan.

kali ini kaedah think-pair-share dan juga mind map dilaksanakan. selain menggunakan kahoot untuk integrasikan dengan teknologi terkini dalam pembelajaran.

diharapkan pelajar dapat lebih manfaat dari kaedah pembelajaran seperti ini di masa akan datang.

Program Geospatial dan Kartografi Marine Cat B

Assalamu’alaykum,

selepas selesai berkursus SPPT 2017 bersama rakan2, minggu lepas telah ditugaskan untuk mengajar satu modul dalam program Geospatial dan Kartografi Marin Cat B. Program ini adalah dengan kerjasama TLDM, Geospatial Imaging & Information RG, Photo Laser Grammetry, FGHT, dan diakui oleh FIG, IHO dan ICA.

ianya bertujuan untuk melahirkan tenaga mahir dalam bidang kartografi dan Geospatial bagi marin di peringkat antarabangsa.

diharapkan peserta yang hadir mendapat ilmu dan pengetahuan secukupnya bagi membantu mereka di masa akan datang.

 

regard

Sem 1 sesi 2017-2018

Assalamu’alaykum,

bermula minggu ini (10 Sep 2017), pelajar dah mula kembali ke kampus, dan kelas pun ada yang telah bermula.

Dan seperti biasa, pelajar kebanyakannya masih belum dapat menyesuaikan diri, selepas lama bercuti. harapannya agar mereka cepat mendapat kembali mood belajar dan dapat meneruskan kembali kecemerlangan mereka.

 

regard