Program Geospatial dan Kartografi Marine Cat B

Assalamu’alaykum,

selepas selesai berkursus SPPT 2017 bersama rakan2, minggu lepas telah ditugaskan untuk mengajar satu modul dalam program Geospatial dan Kartografi Marin Cat B. Program ini adalah dengan kerjasama TLDM, Geospatial Imaging & Information RG, Photo Laser Grammetry, FGHT, dan diakui oleh FIG, IHO dan ICA.

ianya bertujuan untuk melahirkan tenaga mahir dalam bidang kartografi dan Geospatial bagi marin di peringkat antarabangsa.

diharapkan peserta yang hadir mendapat ilmu dan pengetahuan secukupnya bagi membantu mereka di masa akan datang.

 

regard

Sem 1 sesi 2017-2018

Assalamu’alaykum,

bermula minggu ini (10 Sep 2017), pelajar dah mula kembali ke kampus, dan kelas pun ada yang telah bermula.

Dan seperti biasa, pelajar kebanyakannya masih belum dapat menyesuaikan diri, selepas lama bercuti. harapannya agar mereka cepat mendapat kembali mood belajar dan dapat meneruskan kembali kecemerlangan mereka.

 

regard

Samsung Galaxy Note 8 Features

Assalamu’alaykum,

last post saya bercerita tentang pelancaran Samsung Galaxy Note 8, kali ini saya akan bercerita features terbaru dan menarik berkenaan Galaxy Note 8 ini.

  1. dual kamera: kali ini Galaxy Note 8 mempunyai dua kamera, satu utk pandangan biasa, dan satu lagi adalah kamera telefoto. fungsinya seakan sama dengan fungsi dual kamera pada iPhone 7, akan tetapi diperkasakan dengan fungsi image stabilization pada kamera telefoto tersebut. ini akan memberikan gambar yang lebih baik, dan bokeh/blurry pada gambar yang telah diambil boleh diadjust semula
  2. S-Pen yang ditambah baik. kali ini, S-Pen bila ditarik keluar daripada “lohong”nya, akan keluar terus senarai fungsi bagi S-Pen. malah paparan ini lebih interaktif berbanding Galaxy Note 7
  3. Split Screen yang bagus. kali ini, split screen atau dual screen yang ada pada Galaxy Note 8, lebih baik, dengan saiz yang lebih baik, dan boleh diubah.

ok, itu sahaja fungsi terbaru daripada Galaxy Note 8. lain2 fungsi kebanyakannya telah dilancarkan pada Galaxy S8 yang lepas. screen lebih besar sikit, kali ini saiz 6.3 inci, tapi saiznya masih kecil.

regard

Samsung Galaxy Note 8 dilancarkan

Assalamu’alaykum,

hari ini adalah hari pelancaran handphone Samsung Galaxy Note 8, salah satu benchmark bagi handphone berkuasa tinggi, dengan fungsi yang paling terkini, dan menjadi igauan kebanyakan pengguna handphone Android, terutamanya dengan penggunaan S-Pen.

salah seorang pengulas youtube yang saya suka ikuti adalah MKBHD, dan ulasan impresi pertamanya boleh diikuti di link berikut:

SPPT 2017 – Tamat sudah

Assalamu’alaykum,

alhamdulillah, selesai sudah kursus SPPT 2017 sepanjang tiga minggu (yang sangat lama). namun kenangan bersama rakan2 dari pelbagai bidang masih lagi ditagih.

jadi pagi ini, kami membuat mini reunion, hopefully to gain momentum di masa akan datang.

Hopefully boleh lagi berjumpa rakan2 SPPT ini, selepas bersama-sama selama 3 minggu.

 

regard

SPPT 2017 – pembelajaran eLearning

Assalamu’alaykum dan salam sejahtera,

Hari ni, modul SPPT yang diajar adalah berkaitan penggunaan eLearning (UTM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai fungsi yang boleh digunakan dalam eLearning. Ianya penting bagi meningkatkan penggunaan teknologi yang bersesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran, terutamanya dalam zaman “student-centered”, dan bukan lagi pada zaman “teacher’s centered”

 

regard

SPPT 2017 – Assignment

Assalamu’alaykum,

Selain mendalami ilmu berkaitan pengajaran dan pembelajaran, kursus SPPT juga memerlukan setiap pesertanya untuk menghantar tugasan yang telah ditetapkan. Salah satu tugasan yang perlu dihantar adalah melalui website turnitin. website Turnitin ini merupakan salam satu kaedah yang digunakan bagi mengenalpasti plagiarism atau pendek kata keaslian bagi penulisan kita.

markah yang diterima bagi tugasan biasanya perlu kurang dari 20%. bagi tugasan yang dihantar untuk SPPT kali ini, peratusnya hanya 6%, dan ianya dikira baik.

SPPT 2017

Assalamu’alaykum,

3 minggu berkursus SPPT (Sijil Pengajaran Pengajian Tinggi), terdapat pelbagai ilmu yang boleh dipraktikkan bagi penambahbaikan pengajaran selepas ini, terutama dalam menerapkan blended learning (pengajaran teradun). ilmu2 yang pengajar berikan terlalu menarik, cuma masih memerlukan kursus secara lebih mendalam bagi setiap teknik yang ingin dilaksanakan.

hopefully dapat buat walaupun sikit selepas ini.

All the best lepas ni!

Pengumuman Apple

Assalamu’alaykum,

rasanya ramai peminat Apple di seluruh dunia, walaupun ramai yang tidak mampu membelinya, malah ada yang seolah2 menjadi pembenci kepada syarikat ini dan produk2nya. namun ini tidak menjadikan Apple patah semangat, malah mereka terus memperkenalkan pelbagai produk baru.

terkini, awal pagi tadi (waktu Malaysia), Apple telah memperkenalkan beberapa produk baru, iaitu Macbook 12inci, Apple Watch, ResearchKit (),  selain kemaskini harga, termasuk Apple TV (), iPhone 6 (dari RM2399 kepada RM2549: kenaikan RM250), iPhone 6 Plus (dari RM2749 kepada RM2949: kenaikan RM200) , Macbook Air (daripada RM2899 kepada RM3199: kenaikan RM300), Macbook Pro (RM3499 kepada RM3799: kenaikan RM300), mungkin kerana nilai ringgit yang semakin rendah, atau mungkin dimasukkan bersama dengan nilai GST nanti.

 

lagi berita:

http://amanz.my/2015/03/apple-mengemaskini-harga-jualan-appletv-kini-lebih-murah-berharga-rm279/

http://amanz.my/2015/03/apple-memperkenalkan-researchkit-membolehkan-pengguna-iphone-menyumbang-dalam-penyelidikan-perubatan/

http://amanz.my/2015/03/apple-menaikkan-harga-jualan-macbook-air-dan-macbook-pro-di-malaysia-spesifikasi-dikemaskini/