Resipi Kerabu Tomato & Ikan Bilis

Bahan-Bahan
1. 2 genggam Ikan bilis (yang dah dibersihkan)
2. Tomato muda (jangan yg masak sangat)
3. 1 biji bawang besar (mayang)
4. 1 biji lada merah (potong kecil2)
5. 10 – 15 cili padi (potong kecil2)
6. Sedikit Daun limau purut (mayang halus/buang urat tengahnya)
7. 2 batang serai (mayang halus -ambil pangkal yg berwarna putih saja)
8. Jus limau nipis (ikut suka banyak mana nak letak)
9. Garam
10. Gula
11. Kacang/badam hancur/gajus(optional)

Cara-Cara
Rendam/tapis ikan bilis dan goreng hingga garing.
Ambil sedikit ikan bilis yg sudah digoreng dan tumbuk halus (ketepikan).
potong buah tomato dan buang isi tengahnya. Kemudian potong nipis (jgn nipis sangat). Simpan dlm fridge utk kekalkan kesegarannya.
campurkan lada merah, cili padi, bawang besar, daun limau & serai. Kemudian masukkan tomato dan ikan bilis. Akhir sekali, masukkan ikan bilis yg ditumbuk tadi dan perasakan dengan jus limau nipis, gula & garam. Taburkan kekacang. Terus hidangkan.
sesuai dimakan terus selepas siap digaul. Jangan disimpan lama kerana ikan bilis akan lemau dan tomato akan berair.
Selamat mencuba!!!