Salah Satu Bunga Buttercream

Blanja satu video buat bunga buttercream..tapi tak sekemas & cantik mcm yg berguru betul2. Saya berpandukan youtube aja. mana tau ada yg nk mencuba…

Posted by Zulkifli Ahmad on Jumaat, 1 April 2016

Ni saya share satu video contoh buat bunga butttercream.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Telur Goreng Stail Tumis Kampung

Bahan-Bahan

10 biji telur

6 – 8 ulas bawang putih

10 ulas cili padi (bilangan cili padi ikut kepedasan yang dikehendaki)

Segenggam Ikan Bilis

Sedikit Belacan

Cara-Cara

Tumbuk bawang putih, cili padi dan belacan hingga lumat

Masukkan ikan bilik dan tumbuk lagi. Tumbuk ikan bilis kasar2 dan jangan sampai betul-betul lumat.

Tumis bahan tumbuk di atas hingga garing. Lebih kan sedikit minyak untuk menumis.

Tumis sampai betul-betul garing. Seeloknya guna kuali yang besar sikit. Biar telur Nampak sekata.

Bila dah garing baru pecah telur sebiji-sebiji dalam bahan tumis yang telah garing tadi.  Gunakan api yang paling kecil. Biarkan telur masak perlahan-lahan. Sambil biarkan telur masak, angkat2 sikit bahagian bawah telur supaya minyak masuk ke bawah telur dan untuk elakkan bahan tumis di bawah telur hangus.

Jangan palingkan telur. Nak biar telur bahagian atas sedikit cair (telur kuning jadi telur goyang) atau boleh juga biar betul masak. (ikut suka). Boleh makan dengan nasi atau roti.

Tak perlu letak garam lagi ya sebab belacan dan ikan bilis dah masin.

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Resepi Belgian Choc Cookies

Bahan2

– 170g Butter dari peti sejuk (pure butter lagi sedap) buttercup atau buttermas pun boleh. saya mix.
– 125g gula perang
– 125g gula castor
– 2 biji telur
– 150g tepung gandum
– 150g tepung red rose
– 3/4 sudu teh baking powder
– 1 sudu teh esen vanilla
– 1 cawan coklat coin yg telah dipotong-potong kecil. saya potong empat coklat coin tu. saya guna jenis choc milk. nk guna yg dark choc pun boleh.
– 50g serbuk badam. bakar sekejap dlm 5 minit suhu 165 -170°C. (optional) tak letak pun boleh.
– sedikit coklat coin utk letas atas biskut selepas siap dibakar.

Cara2

– putar butter & kedua2 jenis gula hingga sebati saja. Jangan lama2.
– masukkan esen vanilla dan telur. putar sebentar hingga sebati saja.
– masukkan serbuk badam, tepung gandum & baking powder yg telah diayak bersama.
– gaul guna kaedah kaup balik hingga sebati. jangan lama2.
– simpan dlm fridge dlm 1/2 jam.
– alas tray bakar dgn kertas minyak
– Panaskan oven suhu antara 165 – 175°C. ni suhu oven industri. suhu oven biasa rasanya dlm 170°C.
– keluarkan dari fridge dan guna sudu untuk kepal2 kecil. saiz lebih kurang mcm saiz goreng cempedak tu..tak tau nak gambarkan mcm mana. ekekeke..
– jangan ditekan2 adunan. terus bakar selama 18 hingga 20 minit. agak2 nampak belum perang bawah biskut, tambah lagi seminit dua masa bakar.
– lps keluar dari oven, terus letak sekeping coklat coin atas biskut. nk letak lebih pun boleh. siap…
nk mkn panas2 pun boleh. nak tunggu sejuk pun boleh.

*resepi ni saya dapat dari internet. lupa pemiliknya. terima kasih pada pemilik asal. saya adjust sikit resepinya.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Kentang Goreng Kampung

Bahan-bahan
1. Sepinggan potato fries
2. 4 ulas bawang putih
3. 1/2 biji bawang besar (holland)
4. Cili padi
5. Segenggam ikan bilis. (Nak kurangkan atau lebih pun boleh)
6. Sedikit belacan
7. Garam

Cara-cara
– Goreng kentang hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
– tumbuk kasar semua bahan tumis termasuk belacan & ikan bilis. Jangan blend. Nnti banyak air.
– panaskan minyak (lebih sikit minyak untuk menumis)
– tumis bahan yg ditumbuk tadi hingga betul2 garing.
– angkat bahan yg ditumis tadi dan toskan minyaknya.
– bahan tumis tadi dimasuk semula dalam kuali dan masukkan potato fries. Taburkan garam dan gaul hingga rata.
– makan panas2.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Resipi Chocolate Pudding

Bahan-bahan
Bahagian satu
3/4 cwn gula halus (icing/castor)
1/4 cawan serbuk koko (ayak)
2 1/2 sudu tepung jagung
1/4 sudu kecil garam
3/4 cawan susu segar
3 biji telur kuning
Bahagian dua
1 1/4 cawan susu
3/4 cawan krim
1 sudu kecil esen vanilla
Bahagian tiga
1 sudu besar butter
1/2 cawan coklat masakan (jenis compound)
Cara-cara
Masak bahagian satu atas api sederhana besar.
Sentiasa kacau.
Angkat bila telah sebati dan pekat.
Ketepikan.
Masak bahagian dua guna api kecil.
Sentiasa kacau.
Angkat bila sudah hampir mendidih. (Jangan sehingga mendidih)
Masukkan dalam bahan satu. sedikit-sedikit sambil dikacau sentiasa. Guna whisk lagi mudah.
Jangan sampai adunan berketul- ketul.
Masak semula atas api kecil.
Kacau sentiasa.
Angkat bila telah pekat
Jangan biar berketul-ketul.
Tapiskan.
Campurkan coklat masakan & butter.
Letak dlm bekas & tambah bahan sampingan ikut suka.
Cth: badam/coklat cip/whipping cream/dll.
Sejukkan sekurang-kurangnya 6 jam.
Hasilnya….

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Resipi Kek Kurma Moist

Bahan-bahan
– guna 3/4 isi kotak kurma madu (jenis lembut)
– 2 cawan tepung gandum
– 1 1/2 cawan gula halus/caster
1 1/2 cawan minyak jagung atau minyak masak biasa
– 1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kismis (optional)
– 4 biji telur
– 1 sudu kecil esen vanilla
– 1 sudu kecil garam
– 1 sudu besar susu pekat
– 2 sudu teh baking powder
– 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
– 1 sudu besar susu tepung @ horlicks
– 1/2 cawan walnut (atau hirisan badam/ badam hancur) yg telah dipanggang terlebih dahulu
*cara panggang walnut – bakar selama 13 – 15 minit suhu 175°C hingga 180°C. Kepingan badam 5 minit saja

Cara-cara

– Kurma (buang biji) direbus sambil dilenyek2 dengan 2 cawan air hingga lembut dan agak kering airnya. Sejukkan.
– ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat & garam. Campurkan kelapa kering, walnut & kismis.
– pukul telur & gula hingga berkrim
– masukkan esen vanilla, susu pekat, susu tepung & putar sebentar
– masukkan minyak & putar hingga sebati
– masukkan kurma & putar hingga sebati
– masukkan adunan tepung tadi dan putar hingga sebati.
– alas tin saiz 8 @ 9 kek dgn kertas minyak. Sapu sedikit minyak pada tin pembakar.
Masukkan adunan kek dan bakar pada suhu antara 160°C hingga 170°C selama 60 minit atau hingga masak.
Selesai..selamat mencuba

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Resipi Biskut Coklat Chips

Bahan-bahan
300g pure butter
200g buttercup *marjerin pun boleh
60g shortening
400g tepung gandum diayak
100g tepung red rose
200g gula castor
100g gula perang
2 biji telur
1 sudu teh esen kopi atau mocca (tak de pun x pe)
20g serbuk koko diayak
200g coklat cip. letak lebih pun boleh. kalau nak sedap guna jenis callebout.
150g badam hancur (panggang dulu 7 minit suhu 180°c)
50g nestum
* nak letak cornflakes hancur pun boleh
esen vanilla

cara-cara

putar butter, buttercup, shortening, gula & esen vanilla sekejap. asal sebati aja.
masukkan telur, esen kopi/mocca & putar sekejap
masukkan semua bahan2 yg lain tadi
gaul hingga sebati. guna tangan aja.
sudukan atas dulang. saiz agak2 aja. lebihkurang saiz duit 50 sen. hias dengan coklat cips
bakar 23 minit suhu 165°c – 170° c atau hingga masak.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Resipi Red Pearl Oreo Cookies

Bahan-bahan
300g pure butter *buttercup pun boleh
150g gula halus atau gula perang
esen vanilla
2 sudu besar serbuk horlicks
300g tepung gandum atau 200g tepung gandum + 100g tepung red rose
(saya guna campuran tepung gandum & red rose)
80g cornflakes
100g oreo hancur
60g badam hancur
100g coklat cip
buah ceri hancur utk hias

cara-cara

putar butter, gula & esen vanilla. Asal sebati aja.
masukkan tepung, horlicks & oreo hancur dan gaul sampai sebati.
masukkan badam hancur, cornflakes, coklat cip dan gaul lagi hingga sebati. adunan memang lembik.
Sudukan atas tray. hias dgn ceri dan bakar suhu antara 165°c – 170°c selama 23 hingga 25 minit. bergantung pada oven masing2.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Resipi Roti Goreng Bolognese Sardin

Bahan-bahan

1 tin besar sardin (buah kuahnya)
1 biji bawang holland (dadu)
4 ulas bawang putih (dadu)
2 sudu besar lada kering ( yang dah di mesin/blend)
2 sudu besar sos bolognese ( lebih pun boleh)
Cili padi potong2 ( ikut suka)
Telur untuk salut
Serbuk roti
Garam
Gula (optional)
Sos cili sikit
2 keping cheesedale (optional)
Roti gardenia secukupnya

Cara-cara

Roti gardenia buang tepinya dan lenyek nipis.
Jgn nipis sangat.

Tumis bawang putih, bawang holland & cili padi sampai layu.
Masukkan cili kisar & tumis sampai garing.
Masukkan sos bolognese & sos tomato & masak sekejap.
Masukkan sardin, kepingan cheesedale & perasakan dgn gula & garam dan masak sebentar.
Telur kocakkan.
Sapu telur sikit atas roti.
Letak inti sadin.
Lipat 2 dan tekan keliling roti yg terbuka sampai lekat.
Celup dlm telur keseluruhan roti yang dah isi inti sadin tadi.
Golek atas serbuk roti.
Goreng guna minyak yg sedikit. (Jumlah Minyak mcm nak goreng telur mata atau menumis. Sikit aja)
Golek2 sampai garing serbuk roti & angkat.
Letak atas paper towel.
Siap…

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Resipi Roti Berinti Daging Berlapis Keju

Bahan-Bahan

Roti Satu Buku Besar (yang panjang tu)
400g atau 500g Daging Cincang (saya guna jenama Ramly) guna yg daging ayam pun boleh.
12 keping atau 16 keping Kepingan Keju Cedar (Cheesedale)
Keju Mozarella parut (ikut suka nak guna banyak mana)
3 biji telur
Bawang Hollang 1 biji potong dadu
Bawang merah 6 hingga 10 biji
Mix herbs sikit (optional) dalam botol
Daun parsley yg halus2 tu( optional) dalam botol
Bawang putih 5 ulas
Sos spaghetti prego perasa cendawan lada hitam (optional) ada lagi sedap
Cili padi 5 biji
Sos Tiram
Sos Lada Hitam @ atau guna perencah lada hitam maggi 1 peket
Sedap rasa maggi (optional)
Susu segar atau full cream (dalam 3 cawan hingga 4 cawan)
Sos cili

Cara-Cara

Tumis Daging

Tumis bawang Holland hingga layu
Masukkan bawang merah, bawah putih dan cili padi yang telah ditumbuk terlebih dahulu dan tumis hingga garing
Masukkan daging
Bila dah agak separuh masak, masukkan sos tiram & sos lada hitam atau perencah lada hitam maggi
Masukkan mix herbs & daun parsley dan perasakan.
Dah sebati dan daging dah masak angkat. Jangan masak lama sangat sampai daging kering.
Asingkan minyak, ambik isi aja..

Cara-cara buat lapisan roti

Guna bekas tin kek saiz 8 atau apa2 bekas yang bersesuian. Nak buat kecil2 pun boleh guna aluminium foil.
Sapu tin dengan sedikit butter
Sambil tu satukan susu segar dengan telur dan sedikit serbuk sedap maggi dan kacau sekejap hingga sebati.
Celup roti sekeping-sekeping dan susul (buat untuk lapis pertama dulu)
susun 4 keping roti lepas tu letak kepingan cheese setiap keping atas setiap roti.
letak sedikit daging tadi dan ratakan..
celup roti dan susun mcm proses pertama tadi.. letak kepingan cheese, letak sos prego, daging dan ratakan.. tabur mozzarella cheese.
Celup roti dan susun lagi.. letak kepingan cheese dan daging, letak sedikit sos cili dan ratakan.
Celup roti dan susun lagi.. letak kepingan cheese dan daging (habiskan baki daging tadi), tutup dengan kepingan cheese dan taburkan mozzarella cheese. letak sedikit sos cili dan ratakan.
Akhir sekali curah sikit susu yang guna untuk celup roti tadi pada permukaan atas, tabur sikit mix herbs & daun parsley dan bakar pada suhu 170 – 180’C selama 60 minit atau sehingga permukaan atas warnanya kekuningan/Nampak garing. Kalau masa 60 minit tak cukup tambah lagi 10 minit atau lebih.
Dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sekejap kat luar.
Potong2 makan dengan sos cili atau cili flakes.

*kalau nak lagi sedap letak meatball yang dah dibakar sekejap dalam oven dan susun pada lapisan atas sekali dan tutup dengan kepingan cheese dan bakar..
* kalau buat dalam bekas kecil2, kurangkan masa agak2 dalam ½ jam atau lebih. Ikut oven masing2
* kredit kepada blog azlita masam manis. Sedikit inspirasi dari resepi beliau.

Posted in Uncategorized | Leave a comment