Archives for May 19, 2019

Majlis Iftar dan Penyerahan Zakat SHARPS

Perkongsian Hadis

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Puasa, Sedekah dan Qiamullail*

عَنْ مُعَاذٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَأُنَبِّئُكَ بِأَبْوَابٍ مِنْ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَقِيَامُ الْعَبْدِ مِنْ اللَّيْلِ

_*Daripada Muaz bin Jabal RA bahawa Nabi SAW bersabda; “Aku akan memberitahu kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu; puasa adalah perisai, sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api, dan seorang hamba bangun di malam hari.*_ (Musnad Ahmad No: 21628). Dar Ihya Turath Arabiy. Status: Isnad Hasan

*Pengajaran:*

1. Ibadat puasa menjadi benteng atau perisai daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah

2. Puasa adalah perisai yang akan melindungi daripada kehancuran jiwa, kerosakan perjalanan hidup, melindungi diri daripada terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memiliki sifat sabar

3. Puasa juga menjadi perisai memberikan keteguhan hati dalam bertakwa kepada Allah.

4. Puasa adalah perisai seseorang dari api neraka. Sabda Rasulullah SAW:

إِنَّمَا الصِّيَامُ جُنَّةٌ يَسْتَجِنُّ بِهَا الْعَبْدُ مِنَ النَّارِ

Puasa adalah perisai yang dapat melindungi seorang hamba dari siksa neraka” (H.R. Ahmad No: 3868 dalam sahih al-Jami’).

5. Sedekah antara amalan yang boleh menjadi penghapus dosa

اِتَّقُوا النَّارَوَلَوبِشِقِّ تَمْرَةٍ

Hindarilah neraka meskipun dengan sebelah biji korma. (Sahih Bukhari No: 5677) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

6. Menghidupkan malam dengan Qiamullail merupakan antara amal kebaikan orang Mukmin untuk membina kekuatan rohani.

_*Ambillah kesempatan Ramadan untuk membina perisai diri, menghapuskan dosa dan menguatkan rohani.*_

*RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH*

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan

19hb Mei 2019
14hb Ramadan 1440H