Archives for May 22, 2019

Perkongsian Hadis

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Sohibul Quran*

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا فَإِنَّ مَنْزِلَتَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَأُ بِهَا

_*Dari Abdullah bin ‘Amru dari Nabi SAW baginda bersabda: “Pada hari pengadilan kelak akan diseru kepada (sohibul Quran) ahli Al-Quran; Teruskanlah bacaan al-Quran mu dan teruskanlah menaiki tingkat demi tingkat syurga dan bacalah dengan tartil sebagaimana kamu membacanya ketika di dunia, sesungguhnya tempat terakhirmu ada pada ayat terakhir yang kamu baca.”*_ (HR Tirmidzi No: 2838) Status: Hadis Hasan Sahih

*Pengajaran:*

1. Sohibul Quran ialah mereka yang ahli dalam al-Quran, sentiasa mendampingi al-Quran dan menghafaz al-Quran.

2. Sohibul Quran akan sentiasa menjaga hak al-Quran dengan membacanya, menghafal, memahami dan melaksanakan tuntutan al-Quran.

3. Orang yang membaca dan menghafal al-Quran perlu memberi tumpuan dan perhatian serta bersungguh-sungguh secara berterusan membaca dan menjaganya. Semoga al-Quran menjadi pegangan dan panduan hidup.

4. Pada hari akhirat nanti orang yang membaca dan menghafal al-Quran berterusan akan menaiki tingkat demi tingkat di dalam syurga dan terus membacanya dengan tartil sebagaimana ia membacanya ketika di dunia (lagi banyak hafazannya lagi tinggi tingkat dan darajatnya).

_*JOM baca dan hafaz al-Quran*_

*RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH*

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

23hb Mei 2019
18hb Ramadan 1440H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

The Future is about People