Resepi biskut double dark choc Almond

#DutaKecilMAHN

Haaa ini dia 1 lagi Biskut Raya MESTI DICUBA, resepi cookies yang fail proof, sangat senang, seriously sedap dan memang addictive! Terutama bila panas-panas baru keluar dari oven. Cookies ini tak perlu di chill kan doh atau guna scoop, bulat-bulatkan sahaja. Jadi Mak-Mak bolehlah ajak anak-anak buat sama-sama nanti? Happy baking!?

DOUBLE DARK CHOCOLATE ALMOND COOKIES
#ResipiDanishHarraz
(Yields: +/- 133 cookies)

BAHAN-BAHANNYA:-

200 grams Salted Butter, dilembutkan (tapi bukan lembik/melted)
90 grams Gula Kastor
90 grams Gula Perang/Brown Sugar
1 biji Telur gred A
240 grams Tepung Gandum
40 grams Unsweetened Dark Cocoa Powder
1/2 sudu teh Baking Soda
120 grams Mini Dark Chocolate Chips (Boleh juga guna Choc Chips saiz biasa)
1/2 cawan Almons Nibs (dipanggang dalam oven atau disangai dalam kuali hingga sedikit rangup)

TIPS DAN NOTA TAMBAHAN:-

Manis cookies juga bergantung pada jenis choc chips yang digunakan. Guna Dark Cocoa Powder dan Dark Choc Chips untuk hasil cookies yang tidak manis.Danish guna imported Dark Mini Chocolate Chips yg dibeli dari baking shop.

Ayak semua bahan kering dalam 1 bekas. Pastikan Butter tidak terlalu lembik dan semua bahan dalam keadaan yg baik. Mix Butter dan gula hingga creamy, masuk kan telur dan kacau rata sekata, cukup. Jangan over mix nanti cookies terlebih kembang.

Danish timbang doh seberat 7 grams setiap satu kemudian bulatkan menjadi bebola. Hasil saiz nya seperti dalam gambar diatas

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 13-15 minit, bergantung pada suhu oven masing-masing, menggunakan api atas bawah.

Bila cookies masak, keluarkan dari oven dan biar sejuk sepenuhnya dalam tray sebelum dialihkan. Simpan cookies dalam bekas kedap udara dengan suhu bilik.

#MenyemaiImpian #HLISB
#DanishHarrazXHongLeongIslamicBank #KidBaker #DanishsRedKitchen